03 August 2012

Sugar Glider Obese/Gemuk, Ketahui Berat Ideal/Sesuai SG, Kenapa SG Obese/Gemuk? Dan Cara Kurangkan Berat Badan!

MMM

Hello readers, maddy di sini. Topik entri ini berkaitan dengan masalah yang selalu dialami oleh pemilik sugar gliders- obesiti.

Saya tahu, memang rasa terbawa-bawa kadang kalau bab pemakanan suggies kita. Kita takut suggies kita tak cukup makan, tak cukup nutrien atau tak cukup selera?...

Dalam entri ini, kita akan membincangkan beberapa perkara;

Bagaimana nak kenalpasti sugar glider yang obese/gemuk
Berat ideal/sesuai untuk sugar glider
Kenapa sugar glider menjadi obese/gemuk
Bagaimana nak bagi sugar glider kurangkan berat badan berlebihan/menjadi lebih sihat

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenalpasti sugar glider yang obese/gemuk

Suggie ni sebenarnya ada saiz badan dan tulang yang berbeza. Kecil, sederhana dan besar.

Sesetengah suggie, tulang dan otot dia rasa kecil, dan ada yang kalau pegang tu rasa mantap dan solid. Memang tiada ukuran universal bagi sugar glider. Sama juga cam manusia, contohnya seperti orang arab yang bertulang besar dan orang melayu yang memang kecil badannya.

Tadi kita bincang tentang jisi tulang dan otot suggie yang berbeza. Sekarang kita lihat beberapa simptom yang menunjukkan yang suggie anda obese, berdasarkan pemerhatian anda sendiri dengan perbandingan jenis badan suggie anda. Ingat ye, ada saiz kecil hingga saiz tulang yang besar.

Cuba pegang suggie and dan rasa badannya. Kalau rasa bertulang sangat tu, mungkin kurang berat/’under weight’. Dan jika picit suggie dan rasa seperti berlemak dan berdaging lebih tu.. mungkin tandanya yang ia obese.

Lepas itu tengok pula bagaimana bentuk badan suggie anda. Ada ‘double chin’ dekat leher dia ke, kepak/’patangium’ dia rasa tebal ke nipis.. perut dia gemuk ke rasa ok-ok je?

Tengok gambar ni untuk gambaran penuh bagaimana suggie yang obese secara berlebihan dan ekstrim.


------------------------------------------------------------------------------------------


Apakah berat sugar glider yang sesuai/ideal?

Ambil penimbang berat skala gram, yang untuk timbang tepung/gula kat dapur tu.. atau boleh pergi vet dan boleh timbang di sana. Ada penimbang elektronik dan yang old school. Ikut korang lah nak timbang guna apa.

Kalau suggie dewasa, dari umur 5 bulan ke atas: 80-120 gram.

Kalau lebih kurang tidak apa, asalkan tidak terlalu jauh dari berat normal suggie, dan jangan lupa bandingkan dengan bentuk badan dia. Kalau badan dia kecil, tapi berat dia tepat-tepat 80 gram tu, sihat lah. Cuma saiz tulang dia memang begitu.. tapi kalau nak naikkan sikit berat dia, tak mengapa.

Kalau joey/anak sugar glider yang OOP, beratnya akan meningkat mengikut usia sekurang-kurangnya dari berat 40 gram dan ke atas. Jangan menurun berat sudah, tu bahaya sangat dan ada risiko joey tersebut akan mati jika tidak diubati/dicari simptom kenapa beratnya semakin menurun.

Tapi, cara yang terbaik untuk mengenalpasti berat ideal untuk suggie anda ialah untuk pergi sahaja ke pakar vet yang arif dengan sugar glider.

--------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa sugar glider makan banyak dan jadi obese/gemuk?

1. Sugar glider makan banyak

Selalunya, sugar glider yang sihat akan cenderung untuk makan lagi banyak daripada sugar glider yang memang kurang berat/sakit/kurang nutrisi.

Ambil perhatian juga ya, suggie yang tinggal sekoloni/berkumpulan dalam sangkar juga tak semestinya mengalami masalah berat badan yang sama.

2. Pemilik bagi makanan yang lebih/berlemak

Kita perlu tahu yang jumlah makanan bagi seekor suggie dewasa (umur lingkungan 5 bulan ke atas) adalah 2 sudu besar HPW/Gliderslurp dan 2 sudu buah dan 2 sudu sayur. Jangan lupa juga protin yang diberi 4-5 kali seminggu.

Pastikan diet suggie anda mempunyai variasi dan keseimbangan.
Mealworm, dubia, superworm, yogurt treats atau madu yang diberi secara berlebihan akan hanya menggemukkan suggie anda dengan cara yang tidak elok. Semua ini tinggi kandungan lemak dan gula dan ini boleh memberi kesan buruk pada anggota dalaman suggie anda.

Selain dari itu, suggie yang tinggal dalam rumah/haiwan domestik diberi makan secara tetap dan mereka tak perlu risau nak cari makanan seperti di habitat asal mereka. Kalau kat luar sana, makan tak tentu dapat, dan makanan tak dihidang dalam mangkuk setiap malam. Mereka kena cari makanan sendiri, jadi banyak tenaga digunakan untuk mencari makanan.

3. Sangkar terlalu kecil/tiada aktiviti bermain/beriadah/’exercise’

Di habitat hutan liar, suggies lompat sana sini tanpa had, tak macam sangkar 3/5 kaki yang mereka tinggal ni.. nak lompat pun tak sampai 150m nak menggelungsur/’glide’ sepertimana yang mereka selalu buat di habitat asal mereka.

Suggies ni mempunyai kadar metabolisma yang tinggi (untuk bakar lemak etc dan ditukarkan kepada tenaga harian) dan mereka jadi amat aktif pada waktu mereka bangun tidur. Jadi ia amatlah penting bagi menyesuaikan habitat/sangkar mereka dengan aktiviti mereka. Jangan lupa juga dengan roda atau mainan sugar glider seperti tali.

4. Sugar glider yang dahulunya trauma/diberi makan sedikit sangat/makanan diberi tak berkhasiat. 

Contohnya; suggie yang diberi makan oleh pembela mass breeder yang hanya bukan sahaja memisahkan joey dari ibunya sebelum putus susu, tetapi memberinya makanan murah seperti diet epal sahaja/makanan kucing/biji-bijian untuk hamster beserta minum dari air botol yang tak pernah dicuci sehingga berkulat dan kotor.

Selepas dijual, suggie yang kurus dan kurang zat tu akan dikenalkan dengan makanan yang sedap-sedap. Dan macam kisah orang miskin tiba-tiba kaya juga, suggie tu akan makan macam gila la sebab dia tak pernah merasa semua tu. Dan dia tak kira dah nak main atau jika sangkarnya besar banglo atau juga mainan dia dari Toys’r’us ke, dia akan tetap makan banyak kerana minda dia dah set untuk melahap.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kesan buruk untuk sugar glider obese/gemuk

Sakit buah pinggang, jantung, masalah gula dalam badan dan seterusnya memendekkan usia sugar glider anda.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana hendak mengurangkan berat badan suggie yang obese/gemuk

Perhatian: Nak kurangkan berat ni kena ikut ‘situasi’ (jenis tulang dan keadaan semasa suggie)


  • Sugar glider yang mengandung/menyusu dan obese/gemuk

-Kadar protin dan buah/sayur hendaklah 45%-50%:45%-50%. Ini diet seimbang lah sebab suggie yang mengandung perlukan makanan yang tiada had dari segi protin dan juga buah/sayur.


  • Sugar glider yang tidak mengandung/menyusu

-Kadar protin di dalam diet secara menyeluruh adalah 35%, campur dengan buah/sayur. Walaupun benar diet pemakanan suggie ini 70-75% protin, kenalah kurangkan supaya beratnya kembali normal.


  • Selain kurangkan protin, jangan lupa kurangkan makanan berlemak seperti avokado, treats atau mealworm dan sebagainya. Serangga mempunyai kadar protin dan lemak yang tinggi!
  • Boleh juga bawa suggie obese anda keluar bermain atau letak lebih banyak/pelbagai mainan supaya ia menjadi lebih aktif. 


Baiklah, itu sahaja readers.. jangan lupa like Facebook kami; Suggies for Newbies!

xoxo,
Maddy

---------------------------------------------------------------------------------------------

Topik yang berkaitan dengan entri ini;

Belajar mengenai sangkar Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/keperluan-asas-sangkar.html

Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/keperluan-asas-pemakanan.html

Sedikit info mengenai makanan Sugar Glider (contoh makanan/menu)
http://suggies101.blogspot.com/2011/10/pengalaman-penulis-sedikit-intro.html

Baca mengenai tabiat pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tabiat-dan-diet-sugar-gliders.html

Pelajari makanan (buah/sayur) yang selamat dimakan dan kadar nisbah kalsium dan fosforus
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html

Kenapa Sugar Glider tak selera makan, HPW (diet wajib beri setiap malam), buah dan sayur
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/kenapa-sugar-glider-saya-tak-nak-makan_11.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Nestum/Cerelac diet yang membawa padah pada Sugar Glider!
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/nestumcerelac-untuk-sugar-glider.html

Kenal pasti penyakit yang lazim dihidap oleh Sugar Glider dan cara mengubati (melainkan kena pergi vet)
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/penyakit-lazim-bagi-sugar-gliders.html





Post a Comment