20 July 2012

Bagaimana untuk mengenal pasti Sugar Glider mengandung/bunting/pregnant

MMM
Hello readers, dalam post ini saya akan memberitahu cara-cara untuk mengetahui jika sugar glider betina anda mengandung atau tidak.

Gambar dari Suggiesathome

1. Jika anda melihat sugar glider jantan dan betina mengawan, anda boleh buat andaian bahawa dalam 16 hari kemudian, joey/anak sugar glider betina anda akan dilahirkan. Ya, proses mengandung sugar glider adalah amat singkat, tempoh in pouch/dalam kantung saja yang lama- 2 bulan. Saiz joey sebesar sebutir beras ketika dilahirkan.


2. Sesetengah pemilik sugar glider akan perasan yang tabiat/selera makan sugar glider betina bertambah.. mungkin kerana ia mengandung.. atau ia mungkin berselera kerana makanan sedap sejak dua menjak ni. Susah nak tahu sugar glider mengandung, melainkan..


3. Anda melihat sugar glider anda sibuk menjilat pouch, atau sugar jantan juga cuba menolong sugar betina menjilat laluan ke pouch.. maknanya sugar betina sedang menyiapkan diri untuk melahirkan anak, tapi pada waktu ini dah terlambat la nak kata mengandung, dah beranak dah pun ;)


Nota: Memang langkah nak tahu sugar glider betina mengandung ni sikit aja, pasal tempoh mengandung hanya sekejap, dan perubahan fizikal sugar glider mengandung tidak begitu menonjol/ketara. Biasanya pemilik hanya tahu yang sugar glider betina mereka ada anak, selepas mereka telah dilahirkan dan sedang membesar di dalam kantung. Kalau dalam kantung tu bukan mengandung ya, tu namanya in pouch..

Antara topik-topik yang relevan dengan entri ini;
Proses kelahiran joey/anak sugar glider
Makanan untuk sugar glider mengandung/bunting/menyusu
Langkah yang perlu dilakukan selepas sugar glider melahirkan anak/joey

Itu sahaja untuk entri kali ini.. ada apa-apa persoalan, boleh tanya di page Facebook Suggies for Newbies

xoxo,
Maddy
Post a Comment