04 February 2012

Pengalaman Penulis: Sugar Glider ke movies/cinema/panggung wayang

MMM
Hello readers. Ada beberapa benda penting berkaitan sugar glider.. iaitu, jangan bawa mereka keluar time malam dan jangan bawa mereka keluar bersama untuk menonton wayang!

Namun saya tak pernah dengar nasihat saya sendiri dan saya sudah pun banyak kali ke wayang bersama baby dan bijou and let me tell you.. I tak pernah dapat concentrate tengok movie dan saya gelisah dari iklan sampai ke credits!

I have the worst camera phone ever!

Ini antara list of movies yang saya tengok bersama suggies saya, dan in the end saya tertinggal beberapa adegan penting dan akhirnya saya tak faham pun jalan cerita tu jadi macam mana.. :/

Captain America
Water for Elephants
Thor
Super 8
Source Code
The Smurfs
Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides - Oh time ni teruk sangat, Baby started barking in the movie. Rasa nak mati je time tu...
The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1
Cowboys & Aliens
Chronicles - Semalam saya pergi MBO KL Festical City.. and this time, bawa Bijou first time ke wayang.. tak sangka dia amat degil dan aktif, dahla time petang! Saya terpaksa bawa dia keluar dan berdiri kat entrance hall wayang. Last-last semua staff datang tengok Bijou melompat dan melekat kat dinding... Semalam memang pengalaman yang menarik lah.. Pekerja kat wayang tu semua main dengan Bijou dan saya pun sambung tengok cerita tepi pintu. Seksanyalah nak tengok movie.. last-last saya malas nak tunggu Bijou habis penat bermain, saya pun chow je, movie pun tak sampai climax lagi. Bazir je duit semalam.. :(


Baby kalau bawa tengok wayang time petang, dia takkan keluar sembarangan melainkan saya nampakkan yang persekitaran dia gelap.. tapi kalau dah tengok movie late night tu.. memang takda harapan la nak diamkan dia dalam bonding pouch. Cuma kena tunjuk benda yang terang cam lampu baru Baby senyap dan tak mahu keluar dah. Kalau dia nampak gelap aja.. memang dia tak duduk diam! Susah sangat nak tahan Baby dalam pouch... baby tu dahlah kuat, gigi pun tajam. Dia gigit zip bonding pouch tu sampai terkoyak kalau dibiarkan. Zip kalau tak jaga, boleh terbuka sendiri pasal kena tolak dengan hidung/gigi Baby. Pernah sekali, time cerita melayu horror - pasal Karak Highway tu.. dia pernah terlepas, time tu saya tertidur pulak... nasib baik boyfriend kat sebelah saya perasan (Baby lompat atas kepala dia and cakar muka dia, LOL) dan dia kejutkan saya. Baby tak sempat lompat ke kerusi row atas, saya sempat tangkap dia atas kepala boyfriend saya. Jantung saya masa tu... macam boleh dengar satu wayang! Nak kata taubat tak bawa sugar glider lepas tu, tak jugak.. haha.

Bijou pula, kuat gigit dan tak reti bezakan masa malam dan petang. Time petang pun nak main jugak.. dah terbiasa main kat rumah kan, kalau keluar jalan-jalan pun terikut-ikut. Semalam tengok movie Chronicle tu, terpaksa bawa dia kat tempat berlampu, tapi dia tetap nak main jugak. Bijou ni tak makan saman cam Baby. Haih...

Sebenarnya terang kat tempat ni, cuma flash tak on. -Bijou melekat kat dinding wayang-


Konklusinya, jangan bawa suggies ke wayang... melainkan you confirm boleh jaga and handle kalau tetiba dia aktif.

Mungkin bawa pouch yang jenis sangkar besi tu... atau bagi dia makanan yang sedap sangat sampai dia busy makan dan tak fikir nak keluar dah.. mungkin tips ni boleh membantu, tapi buat apalah nak susahkan fikiran bawa suggies kan, nak concentrate movie pun tak dapat. :(


Baiklah itu sahaja, sila like, share dan komen di bawah dan tab di sebelah kanan anda! Sekian.
xoxo, 
Maddy
Post a Comment