18 February 2012

Apa Perlu Dilakukan Selepas Sugar Glider Melahirkan Anak

MMM
Hello readers, seminggu lepas kira-kira 11/2/12 pada pukul 6 petang.. Bijou telah melahirkan 2 joeys. Saya sempat melihat joeynya sedang masuk ke dalam pouch. Rupanya seperti gummi bear yang berwarna merah jambu cair/'soft pink'. Bijou pula sibuk menjilat laluan dan memastikan anaknya selamat masuk ke dalam kantungnya/pouch.


video
   Video menunjukkan baby sedang groom pouch selepas melahirkan anak

Kalau nak tengok video joey yang belum matang yang kelihatan dalam pouch, ini videonya;

Tajuk video ini salah, FYI.


Gambar yang diambil semua gambar selepas joey bijou masuk dalam pouch.

Jilat pouch aksi tergantung
Baby (belakang) Bijou tengah bersihkan pouch
Susah betul nak jilat pouch ni..
Nak selesakan joey dalam pouch


PANTANG LARANG SELEPAS SUGAR GLIDER MELAHIRKAN ANAK/Apa yang perlu dibuat selepas Sugar Glider melahirkan joey/anak
  1. Buang roda/Wodent Wheel etc
  2. Letak kain fleece/flannel di bawah tapak sangkar dan gantung di tengah sangkar
  3. Rendahkan/letak sleeping pouch/hammock sugar glider dekat dengan lantai sangkar
  4. Dekatkan botol air/mangkuk makanan di tempat sugar glider betina tidur untuk kesenangan suggie betina jika joey sudah besar melarat di dalam pouch
  5. Sediakan makanan unlimited untuk si ibu (Diterangkan di bawah)
  6. PALING PENTING: JANGAN PISAHKAN SUGAR GLIDER JANTAN/PASANGANNYA KERANA IBU SUGGIE BOLEH STRES DAN ME'REJECT' ANAK/JOEYNYA.
*Semua langkah diatas adalah untuk mengelakkan sugar glider betina bergerak terlalu aktif, menghalang dari joey terkeluar dari pouch, dan kalau joey terkeluar.. joey tak jatuh dari tempat tinggi, risiko joey di'reject' kerana ibu stres dan sebagainya.

Link berkaitan dan wajib baca jika sugar glider anda mengandung/melahirkan anak/menyusu.

Klik sini untuk Pemakanan sugar glider betina/si ibu selepas melahirkan atau menyusukan joey 
Klik sini untuk Proses Mengawan Sugar Glider. Bila usia sesuai mengawan dan risiko joey di'reject'
Klik sini untuk Proses Sugar Glider Melahirkan Anak/Joey
Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang(Zakar terkeluar, dahi/dada botak, skrotum tergantung dll)

Cara mengenalkan Sugar Glider baru kepada Sugar Glider lama *kalau suggie anda keseorangan, baca ini dahulu.


Check out our page and like us if you please; Suggies For Newbies




xoxo,
Maddy
Post a Comment