19 February 2012

Nestum/Cerelac Untuk Sugar Glider Membunuh Dengan Senyap

MMM
                                                                                            AMARAN!!!

Sesetengah orang mencari blog saya untuk resipi nestum dan cerelac. Ini bukan diet yang sihat untuk sugar glider! Tolong jangan amalkan diet ini walaupun ada sesetengah pihak berkata sugar glider mereka hanya makan diet nestum/cerelac yang diberi dan ianya masih hidup!

Sila hanya gunakan HPW sebagai diet mereka kerana ia juga diet yang diluluskan oleh pakar mengenai binatang possum eg. Sugar Glider. Untuk maklumat lebih lanjut tentang High Protein Wombaroo, sila tekan link ini -->
(Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang)

Cerelac sebenarnya adalah selamat, tetapi bukan sebagai diet tunggal. Ia hanya boleh diberi untuk menambah berat dan jisi kepada weanlings/joey jika DICAMPUR DENGAN SUSU/ MILK REPLACER KHAS UTK SUGAR GLIDER. Tapi jangan la bagi pasal nak gantikan HPW/Gliderslurp!

Walaupun ada yang akan berkata glider mereka menjadi lebih gemuk dan nampak 'sihat' tetapi ia sebenarnya hanya dari jumlah yang berlebihan gula dan karbohidrat ringkas yang terdapat dalam nestum/cerelac tersebut. Sugar Glider ni sensitif, jumlah gula yang besar boleh membuat mereka gemuk.