31 January 2012

Tips: Menghalang Semut/Serangga Masuk Sangkar Sugar Glider!

MMM
Hello readers, di dalam post ini saya akan memberitahu anda solusi untuk mencegah semut daripada masuk ke dalam sangkar suggies.

Semut akan mengerumun makanan di dalam sangkar suggies, jadi untuk menghalangnya dari menyemak dan mengebas makanan suggies anda.. kita perlu ada:

Pilihan antara..
  • Vaseline (boleh dapat di farmasi)

  • Minyak masak (jagung/olive oil/kelapa)
 
  • Air
 
  • Cellophane tape
 
  • Racun serangga
 
  • Kapur/Chalk
 
  • Serbuk kayu manis/Cinnamon
 

Tips;
Vaseline, minyak: sapu di tapak laluan untuk naik atas cage.. atau letak lapik yang boleh menakung air/lapisan nipis minyak untuk menghalang semut untuk masuk sangkar.

Untuk cellophane tape, boleh lekat secara terbalik jadi semut akan melekat di permukaan tape tersebut.

Kalau racun serangga, boleh telefon servis meracun serangga atau kalau ibubapa korang pandai buat DIY style, boleh la buat.. jimat kos! Dan jangan pulak bagi suggies korang merayau dalam rumah, ada risiko tinggi boleh termakan racun.. bahaya tu. Mak saya baru buat racun serangga di rumah.. takdalah baby dan bijou nak main-main kat luar sangkar. :D

Kapur; Lukis garisan di luar tapak sangkar.

Serbuk kayu manis; tabur di luar sangkar.

Baiklah itu sahaja, sila like, share dan komen di bawah dan tab di sebelah kanan anda! Selamat mencuba..

xoxo,
Maddy
Post a Comment