30 January 2012

S02 Vision® Cage: Review Sangkar Sugar Glider (3 kaki)

MMM
Hello readers! Lama tak blog. Saya hilang lappy, had pre-exam period and finals. Jadi memang lama saya menghilang.. lebih kurang dari tahun lepas. Eceh, drama je bunyi.. padahal 3 bulan sebenarnya. Sorry for my absence! Banyak yang berlaku sejak post saya yang terakhir.. saya mendapatkan baby kawan baru- Bijou. Belum lagi saya buat official announcement, err mungkin ada buat di Facebook page Suggies for Newbies, cuma taklah hebah sangat. Dan adalah bertambah pengalaman saya ketika menjaga suggies ketika saya dalam masa yang paling sesak sekali bagi seorang pelajar universiti. Tapi tu cerita buat lain kali lah.

Post ini tentang review saya mengenai sangkar yang saya rasa, fit to be called like a Perdana of cages.. or BMW of cages? (Well, it's what I feel what this cage is like coz I think it's overrated. Bunyi gempak, nampak cantik and sleek, cool etc.) I'm talking about S02 Vision® Cage. Ini gambarnya..

Kali pertama saya nampak sangkar ni.. I  macam "woah, must have!"
Harga: RM 150
Ini spesifikasi sangkar Vision® S02 (S bermaksud SMALL)

Sesuai untuk 1-2 Gliders. (FYI, sangkar ini sebenarnya untuk burung.. tapi cage ini boleh juga untuk suggies)

Termasuk juga bersama sangkar:
(2) Mangkuk makanan/Mangkuk air - Warna biru, plastik, ada dua bahagian/terpisah.


Reka bentuk dia memang sesuai untuk bahagikan buah dan HPW
Camni la cara dia diletakkan di dalam sangkar.. bawah sekali. Kalau nak buat glider kitchen sendiri pun boleh.


(2) Pelindung mangkuk, -nampak cam payung rectangle untuk elakkan najis suggies jatuh dalam mangkuk makanan. Ini antara benda yang inovatif dan berguna untuk sangkar suggies.

Payung najis! Memang berguna, suggies kan buang najis tak kira tempat :S

(4) Batang tempat tenggek tu..

Durable plastic.. tapi boleh patah senang kalau tak berhati-hati :(

Burung tu ganti ngan suggies kay.


Review ukuran sangkar
:

18”L x 14”W x 33.25”H (45.5 cm x 35.5 cm x 84.5 cm)
Horizontal wire: 1.6 mm
Vertical wire: 2.6 mm
Wire spacing (center to center): 12.3 mm

Yang penting, tinggi dia 3 kaki, tapi.. lama kelamaan I rasa macam lebar dia tak cukup. Dan sangkar ni kurang awesome dari segi kelebaran. Atau mungkin ketinggian. Apatah lagi kalau sumbat 2 suggies!
Ni review saya selepas menggunakannya selama setahun. Semakin lama saya rasa sangkar ni mengecil.. atau baby yang semakin membesar? Now I'm itching for a new bigger and taller cage. Bagaimana dengan M02 atau L02? Jenama sangkar Vision juga, cuma spesifikasinya lebih besar dan tinggi dia menambah la sikit.. bunyi macam best..

M02 - Medium! RM 185
L02 - LARGE! Separuh dari S02 yo! RM 225 



Jadi.. dan tapi, M02, L02 lagi tinggi dan lagi besar, tapi, tapak cage tu akan jagi lagi berat.. lagi susah nak basuh :(

Tapak sangkar review:
Kalau you pernah tengok Vision Cage, you akan tahu berat dia camne. Keliling dia semua, atas bawah kiri kanan semua besi. Tapak bawah dia, I admit, bagus pasal dia tinggi and najis suggies pun takda melimpah keluar. Tapi suggies I tetap juga boleh buang air sampai terkeluar sangkar! Macam takda perbezaan sangat bagi saya.

And masa nak basuh tu, you kena tanggalkan bahagian tapak dia. Berat dan agak hassle juga bagi orang yang rajin/malas macam saya. Tapi, bagus la juga pasal takdalah kena air kat besi dia kan, dan takdalah karat. Tapi you masih juga kena basuh besi tu.. bau hanyir juga kalau tak basuh. Tau tau je la suggie jantan ni camne. -_-" Selain tu, ada tempat entrance buka mangkuk makanan, akses mudah la kiranya. Bagus juga reka bentuk dia kalau difikirkan. Memang best dan features dia cam ada banyak shortcut untuk kesenangan kita. But it's sad to say, sangkar S02 saya dah berkarat dah sikit kat bahagian pintu dia. :( Tu yang slack sikit, tapi.. itulah lumrah membeli cage besi bukan.

Konklusinya:
Dari segi inovatif dan kreatifnya sangkar ni, memang pun. Cantik, sleek.. nampak cool. And features dia sesuai untuk suggies yang suka melompat-lompat (3 kaki), najis dia tak jatuh dalam makanan (bukan 100% berkesan), memang suggie escape proof (pintu dia kena pulas tombol kecil, saya tak pernah lagi terlepas suggies dari sangkar)... dan etc.

Apa yang tak awesome - tak sesuai kalau nak letak toys if lebih dari 2 (medium sized toy lah) dan kalau letak Wodent wheel/apa jenis wheel yang certified untuk suggies pun dah boleh membuatkannya nampak sempit dan sendat. Cukup untuk membuatkan saya untuk mencari sangkar lain yang lebih,. ringan, mudah dicuci, material plastik (tanak besi pasal karat jua akhirnya), lebih tinggi dari 3 kaki dan lebih lebaaar.

Nak buat sangkar sendiri lagi baikkan? Request banyak sangat,. :p Baca dengan lebih lanjut mengenai sangkar dan aksesorinya disini dan sini

 Baiklah itu sahaja, sila like, share dan komen di bawah dan tab di sebelah kanan anda! Sekian.

xoxo,
Maddy
Post a Comment