07 October 2011

Harga/Bajet Pembelanjaan sangkar, aksesori/mainan Sugar Glider

MMM

Hello readers, maddy disini.. entri ini akan memberi anda pandangan jelas mengenai harga/bajet yang akan diperlukan untuk membeli-belah barang-barang aksesori dan sangkar suggies. *Harga yang dipamerkan didalam entri ini diambil dari harga pasaran terkini di kedai-kedai online di Facebook. DISCLAIMER: Saya tidak dalam apa cara sekalipun mewakili mana-mana pihak/syarikat menjual barang-barang suggies. Saya tidak terikat dengan mana-mana kedai malah mereka tiada pun membuat permintaan untuk mengiklankan produk-produk dan barangan suggies kepada saya. 

Baiklah, jadi saya akan mula dengan perkara asas dalam membeli barang suggies iaitu;-

Sangkar yang mempunyai ketinggian 3 kaki (yang paling minimum untuk tempat tinggal tetap suggies) boleh menjangkau dari harga RM100-RM150. (RM100 tu murah sangat okay!)

Bagi sangkar yang berketinggian 4-5 kaki, harganya dari RM325-RM525.

*Jangan beli sangkar hamster, akuarium atau letak dalam kotak -_-"


Sangkar RM100 tu macam ni bentuknya


RM100 bumbung leper
RM200+
Ni pun RM100 tapi bumbung lain


Ini RM500 occaayy

2) Aksesori/Mainan

  • Bonding pouch - RM25-RM45+

Sample Pouch

  • 'Bonding bag' a.k.a 'travel bag'  (tak sama macam bonding pouch. Bonding pouch ini bila suggies you baru nak berjinak-jinak dengan tuan dia. Bonding bag lebih kepada travel, dan apabila suggies sudah bonded dan mungkin perlukan lebih ruang dan styleee untuk dibawa berjalan-jalan keluar)
  • Sleeping Pouch - RM10-RM15++
  • Wodent Wheel/Wobust Wheel - RM70-RM100
  • Mainan gantung (kayu, plastik, mainan bahan material fleece seperti tunnel, hammock, seeking hut..etc) - RM15-RM50++
  • Plush toys/mainan untuk bayi (lembut dan selamat untuk suggies) - RM?? *Kalau nak jimat, boleh je guna patung biasa kat rumah tu.. tak perlu beli semata-mata. Kebas adik punya ke baby sesapa..
  • Mangkuk/bekas makanan/Glider Kitchen - RM4-RM10++ (Lebih baik guna bekas besi daripada plastik, bakteria tak menyusup dalam)


  • Bekas air/minuman (Lebih baik guna botol dari mangkuk, nanti terdedah pada najis suggies)- RM10-RM15++ (Beli mahal lagi bagus, jangan beli yang cikai.. alah membeli menang memakai, percayalaah)
  • Travel cage (bila nak balik kampung etc) - RM30-RM100++

3) Diet pemakanan.

Sila tekan dan baca link-link dibawah untuk memastikan anda memahami keperluan diet suggies.


*Saya berharap anda memberi diet wajibnya iaitu High Protein Wombaroo (HPW) atau jenama lain (GliderSlurp, BML, Priscilla, Leadbeater, Taronga Zoo Diet etc. Yang paling lazim di Malaysia ialah HPW). 
**Makanan pellet sahaja adalah HARAM. Makanan pellet hanya diberi sebagai treats, bukan makanan utama. 
***Disamping HPW, adakah suggies anda diberi buah dan sayur? Jangan lupa suplemen mereka (Glider-cal, Glider Booster, Gliderade)

  • High Protein Wombaroo (Ada pelbagai jenama, pilih Bengy/Exotic Nutrition/ChubbyPetsGarden/Bugsy/GliderSlurp*Buatan Malaysia. Search Suggies at Home di Facebook. - RM20-RM40++

  • Suplemen (Semuanya adalah (3), Glider-Cal (suplemen kalsium untuk menghindarkan penyakit lazim suggies-Hind Leg Paralysis/HLP)*sumber kalsium selain *betik (antara buah yang tinggi kalsium), Glider Booster (untuk memberi suggies vitamin dan mineral yang diperlukan) dan Gliderade(vitamin dan nektar untuk suggies untuk lebih tenaga)  - RM10-RM20++
Gliderade dihidang begini atau ditabur atas makanan/HPW

  • Treats (untuk bagi sekali-sekala, dan untuk diberi ketika hendak train/bonding supaya mereka suka datang kat kita *bila suggies associate tangan dengan manisan, dia akan percaya dengan kita dan tidak akan takut untuk mendekati kita) - RM??? Terpulang, ada murah dan mahal. Pastikan ianya khas untuk Sugar Gliders. Tanpa pengawet/gula tambahan/coklat.

Bagi telur pun boleh. Tapi sekali-sekala je tau.
Add caption

*Disclaimer; semua gambar-gambar di entri ini dikebas dari pelbagai sumber. Tolong jangan komen dan PM saya di Facebook untuk bertanya di mana anda boleh mencari produk-produk ini. Saya bukan agen atau pegawai seranta kedai-kedai ni ye.. Carilah di Facebook, guna search terms seperti Suggie, Sugar Glider dll. (bukan apa, kalau yang bertanya satu dua tak apa.. tapi berpuluh-puluh yang bertanya soalan sama!)

Baiklah, penat betul menulis entri ni.. sila like, share! Jangan komen.. penat sangat dah.. -_-"

xoxo,
Maddy
Post a Comment