05 October 2011

Exo Terra Explorarium: Review Sangkar travel Sugar Glider

MMM
Hello readers, maddy di sini. Hari ini saya akan memberi ulasan mengenai travel cage produk Exo Terra.

Ianya kelihatan seperti beg dobi, namun bahan materialnya lebih tahan lasak dari mesh/jaring biasa. Ini memastikan gigitan suggies biasa tidak mampu merosakkan sangkar tersebut.

Sangkar ini mempunyai dua penyangkut, satu di bahagian luar dan satu lagi di dalam sangkar. Penyangkut di dalam sangkar diperbuat dari besi dan ia membenarkan anda menggantung hanya satu benda pada satu masa. E.g sleeping pouch atau mainan jenis gantung. Bahagian penyangkut luarnya menggunakan material kain yang tahan lasak, sama seperti bahan digunakan pada keseluruhan sangkar tersebut.

Di tepi sangkar, terdapat zip laluan masuk.

Di bawah sangkar, terdapat lapik plastik yang bertujuan untuk menadah air atau apa-apa kotoran.

xoxo,
Maddy


Written from iPad
Post a Comment