06 October 2011

Ekor Sugar Glider dan Pantang Larangnya

MMM
Hello readers, ini maddy.. hari ini saya akan bercerita sedikit mengenai ekor Sugar Glider dan beberapa pantang larang mengenai ekor mereka.

Aww.. comelnya!
Ekor suggies membantunya ketika ia memanjat, dan membantu mereka mengemudi di udara apabila ianya meluncur/'glide'. Ekor suggies boleh memegang atau membawa objek, seringkali untuk dibawa balik ke sarang mereka. Namun mereka tidak mampu memegang objek yang berat kerana ekor mereka tidak sekuat mana.

Apa terjadi pada suggies jika ekor mereka tiada? (kerana surgeri/penyakit/kemalangan)
  • Mereka mungkin tidak dapat melompat/takut untuk melompat dengan baik. Dan jika mereka menggelungsur/'glide', ia mungkin kurang koordinasi dan tidak tepat ketika melompat dan mendarat untuk jarak jauh.
Suggie pertama direkod memegang objek.
Kebanyakan ekor suggies berukuran sama, atau panjang sedikit daripada ukuran badan mereka. Apabila suggies tidur, mereka boleh melentur ekor mereka untuk menutup sekeliling badan mereka untuk kekalkan haba.

Ada ekor yang jenis tegak ketika suggie aktif bermain, dan ada yang curl/mengerekot. Ini bukan isu besar atau masalah kesihatan yang perlu dirisaukan. 

Ekor suggie ada yang memang kembang betul-betul, dan ini menandakan bahawa suggie itu sudah cerai susu dari ibunya dan berumur sekurang-kurangnya 2 bulan OOP dan bukan underaged/bawah umur. Apabila dewasa, ada sesetengah suggie yang bulu ekornya tak kembang sangat-sangat kerana memang jenis bulu ekornya begitu. Jadi jangan la risau sangat nak mengembangkan bulu suggie. Kadang-kadang kita terbawa-bawa juga untuk menggebukan dan menggemukkan mereka padahal caranya hanya memberikannya diet pemakanan yang seimbang dan meyeluruh. HPW, buah, sayur adalah wajib. HPW adalah kebiasaan lazim di Malaysia. Sekarang ni pun kita dah ada produk buatan Malaysia kita sendiri.. GliderSlurp. Makanan selain daripada HPW dan slurp saya tak iktiraf jadi berhati-hati dengan memilih jenama makanan suggie anda. Kalau tak tahu jenama, tak pasti isi kandungan, tak ada pengiktirafan pakar vet sugar glider, jangan beli. 

Perkara yang perlu dibawa perhatian: 
  1. Jangan sekali-kali menggantung atau menarik, suggies melalui ekor mereka (ia boleh menyebabkan kecederaan serius). Jika anda mendapati bulu, atau apa-apa kecederaan pada ekor, anda perlu pergi kepada pakar veterinari haiwan yang berpengalaman.
  2. Jangan gunakan roda mainan yang mempunyai palang, yang biasa digunakan oleh gerbil dan hamsters. Ini boleh menyebabkan kecederaan serius pada ekor suggies jika tersangkut. Gunakan jenama yang selamat dan sudah dicop halal - Wodent Wheel, Wobust Wheel etc. Roda mainan seperti yang tersebut adalah lebih besar berbanding roda biasa. Dan ia memang khas untuk Sugar Gliders. Anda sudah ada belum?
  3. Ada suggies yang tak berkenan bermain roda mainan, seperti baby saya (lambat kenalkan pada roda mainan). Namun, jangan risau.. anda boleh mengajar mereka untuk suka bermain di dalamnya. Pasti ada cara- masukkan suggies, perlahan-lahan gerakkan roda supaya mereka mula berjalan. Bila mereka sedar apa kegunaannya, pasti mereka tidak akan berhenti bermain!

Dah like Facebook page Suggies for Newbies?

Dan jangan lupa like, komen, dan share entri ini..

xoxo,
Maddy
Post a Comment