06 October 2011

Anatomi Sugar Glider: Bulu, Extra: Memandikan suggies?

MMM
Hello readers, maddy disini. Nak tahu lebih mengenai bulu Sugar Gliders dan persoalan yang selalu diutarakan dengan subjek ini.



Sugar Gliders mempunyai lapisan bulu kelabu dengan tanda gelap yang berbeza-beza jenis mengikut variasi/'variation' mereka. Bulu mereka sangat lembut seperti sutera (dibandingkan dengan haiwan Chinchilla atau arnab). Suggies boleh datang dalam pelbagai jenis warna yang berlainan. Antaranya, Standard Greys, Blondes, Cinnamons, Browns, Champagne, Platinum, Albinos dan lain-lain (Dengan beberapa warna bul yang SANGAT jarang untuk didapati, dan amat mahal!)

Persoalan kerap mengenai bulu suggies.
  • Boleh tak kita mandikan suggies?
Boleh, tapi ikut cara. Mandi dengan air tidak boleh/tidak payah kerana suggies haiwan pembersih. Mereka mampu bersihkan diri dengan baik. (guna kuku kat jari kaki, jari dua terakhir dimana ia tidak patut dipotong kerana ia alat 'grooming' mereka. Kedua jari tersebut kelihatan bersambung atau 'syndactulous'.
Kalau nak 'mandikan', cuma guna kain lembap/tisu basah/'wet tissue'/shampu KHAS untuk Sugar Gliders. Jangan beli kalau syampu tersebut untuk hamsters dan tikus. Bulu suggies memang lembut dan halus, jadi syampu sembarangan boleh merosakkan dan menarik lapisan minyak asli dari bulu suggies, menyebabkan mereka lut pada air dengan senang.
Biasanya, syampu untuk suggies berharga RM14-RM18, syampu yang murah sangat tu sahlah koman dan kodi. Takpa mahal-mahal, asalkan selamat ye readers..


 *Untuk 'wet tissue', Pastikan tiada alcohol dan awas dengan pewangi yang diguna. Alkohol atau pewangi boleh memberi komplikasi pada suggies.
**Dalam kes emergency, bila suggies anda terjatuh dalam tong sampah ke, melekit kena kotoran dan sukar ditanggal jika hanya dilap dengan wet tissue, anda boleh mandikan dengan air suam tapi masih lagi guna tisu untuk mengelap bulu mereka. Jangan guna air suhu sejuk, nanti dapat penyakit selesema pula! Cepat-cepat keringkan suggies selepas mandi. Sabun digunakan pun mestilah 'mild' dan dilarut didalam air supaya tidak begitu pekat dan berbuih. (Pandai-pandai la fikir macam mana ye)


****Saya guna yang ni. Bebas alkohol dan tiada bau pewangi yang terlalu kuat.
  • Kenapa bulu suggies saya gugur?
Ada beberapa sebab. Ikut turutan ye bila melihat kemungkinan kenapa bulu suggies anda gugur. Ianya dari yang paling senang untuk dikenal pasti, sehingga yang perlu anda beri rawatan vet secepat mungkin.
  1. Diet tak seimbang. Samada tak makan HPW (atau diet jenis lain seperti BML, Priscilla's Diet etc). Ia juga boleh terjadi jika suggies tidak makan buah-buahan dan sayuran, atau makanan/diet yang dimakan tidak seimbang. Solusi; beri makan HPW, buah dan sayur. Sila rujuk entri lepas dalam blog untuk maklumat lanjut. Keperluan Asas: Pemakanan, Pengetahuan Asas: Makanan yang selamat untuk Sugar Gliders, Pengetahuan Asas: Tabiat dan diet Sugar Gliders.
  2. Stres. Kerana beberapa perkara; 1. Jika ia hanya seorang; anda tak beri layanan yang cukup 3-4 jam sehari, jika anda layan dia cukup setiap malam, mungkin dia mahukan teman yang sama spesis dengannya. 2. Kerana ada sakit atau luka, suggies akan cuba mencabut bulu di tempat sakit dan menggigit luka. (Lihat entri mengenai E-Collar) 3. Overgrooming, atau membersihkan bulu secara berlebihan, mungkin kerana bosan. Beri mainan, dan tingkatkan waktu bermain dengan suggies anda.
  3. Kerana kutu, hama, parasit, dan penyakit yang berjangkit. Jika anda suspek kutu dan etc, asingkan dengan suggies yang lain dan bawa ke vet untuk dapatkan ubat.
  • Bagaimana suggies membersihkan badan?
Guna kuku dan air liur. Kuku jari kaki yang kedua terakhir yang kelihatan bersambung/'syndactulous' diguna untuk 'grooming'. Kaki dan tangan digunakan untuk membersihkan seluruh anggota badan mereka. Air liur dikeluarkan, dan tangan akan menadah air liur untuk disapu di tempat mereka hendak groom bulu mereka. Ketika ini berlaku, ramai orang tersilap sangka yang suggies mereka menghidap selesema. Sebenarnya ini hanya bunyi suggies meludah ke atas tangan mereka. Bunyinya seakan-akan bersin. Anda boleh perhatikan dengan dekat ketika mereka meletakkan tangan di mulut dan bunyi seakan-akan bersin tu akan kedengaran. Comel bunyinya!
  • Kenapa bulu suggies saya nampak pecah-pecah/tak rata?
Macammana rupa bulu pecah tak teratur?
    Normal sebenarnya.. bulu gebu sangat ni..
Banyak orang bertanya tentang perkara ini, dan bertanya samada ianya adalah normal atau tidak.

Kadang-kadang bulu akan berpisah dan kelihatan terasing di bahagian sendi (tangan, kaki, leher). 

Kadang-kadang jika suggies mempunyai badan yang gempal/besar atau suggies yang sudah tua atau dewasa, bulu boleh kelihatan seperti gambar tertera di atas. Jangan risau, semuanya normal. Dan ianya bukan satu jenis kecacatan atau bulu kurang pada suggies anda. 

***** Namun jika anda perasan penampilan umum suggies anda kelihatan tidak sihat melalui gambaran bulunya, atau anda perasan mereka tidak memelihara diri mereka dengan rapi/ bersih macam biasa (perubahan tabiat/perangai) atau, jika anda notis mereka kerap membuat bunyi bersin (bunyi suggies mengeluarkan air liur untuk membersihkan badan) dengan kerap namun bulu tetap tidak bersih/rapi, sebaik-baiknya anda merujuk vet berpengalaman untuk melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada masalah atau penyakit.

  • Kenapa dasar ekor suggies saya basah dan kotor selalu?

Itu namanya penyakit 'wet tail'. Suggies anda mengalami cirit birit. Untuk fahami dengan lebih lanjut, lawati entri bertajuk Penyakit Lazim dihidap Sugar Gliders.







Baiklah, ada apa-apa kurang dan terlebih, sila bagi cadangan atau pembetulan dengan baik di ruang komen di bawah. Jangan lupa like, share dan komen ya!

xoxo,
Maddy

    Post a Comment