09 September 2011

Tips: Sugar Glider Kitchen

MMM
Hello readers, post kali ini akan berkisar mengenai Glider Kitchen.


Apa itu Glider Kitchen?

Ianya satu bahagian atau ruang yang diletakkan di dalam sangkar sugar glider, seperti 'dining room' supaya suggies anda makan HPW, buah dan sayur dalam keadaan kemas dan teratur.

Sugar gliders merupakan makhluk yang makan bersepah, memang tiada etika.. hehe, jadi dengan menyediakan Glider Kitchen ini untuk suggies anda, pembersihan sangkar ini akan menjadi lebih mudah dan senang.

Konsep Glider Kitchen adalah ringkas sahaja, sediakan bekas tupperware yang besar dari suggies anda, gerudi lubang yang membolehkan suggies anda masuk ke dalam dan gantung di sangkar atau letakkan di atas lantai sangkar sugar glider anda. Kemudian pada waktu malam, isi makanan sugar glider anda. Keesokan pagi, keluarkan bekas Glider Kitchen, basuh dan keringkan untuk penggunaan malam berikutnya.

Bagaimana rupa Glider Kitchen saya? Saya menggunakan travel cage yang berbumbung dan boleh disangkut dalam sangkar suggie saya. Nak jelaskan payah, ini contoh gambarnya.

Mudah dibersihkan dan boleh juga dibawa untuk beri makan suggies di luar rumah dalam persekitaran yang selamat.
Berkelah cara suggies!

Ini rupa sebenar glider kitchen saya. Saya buka cap/penutup di sebelah kanan dan kiri  dan baby masuk mengikut lubang tersebut.


Jika saya berada di luar untuk jangka masa yang lama, saya bawa makanan baby dalam ini.
Buka dan voila! Ruang makan untuk baby


Tanpa Glider Kitchen, baby makan di luar dengan berpinggankan tupperware.
Untuk travel jauh, saya juga boleh letak barang-barang baby dalam ini.
Selain daripada Glider Kitchen yang ready made, boleh je buat sendiri. Saya nak buat hand made punya di masa akan datang. Nanti saya tunjukkan caranya. Tapi sekarang ni, saya hanya boleh bagitahu cara nak membuatnya. Di bawah ni contoh-contoh Glider Kitchen yang dibuat sendiri atau DIY. 


Yang ni digantung. Suggies rasa best la kalau makan 2nd floor. Hehe


Ni siap ada pemegang

Ni gempak habis-habisan

Picture
Ini kreatif betul!



Apa perlu ada untuk membuat Glider Kitchen anda sendiri?

Tupperware
Petak ke, bulat ke, asalkan besar dan tinggi. 
Drill/Door Hole Maker/Hole Saw
Drill
Untuk buat lubang pintu. Nak cari mana? Tengok kedai hardware. Tapi tak yah susah-susah, guna drill lagi senang. 
SELEPAS drill; guna kertas las untuk licinkan permukaan lubang. WAJIB  buat. Kalau tak suggies boleh terluka nak masuk keluar.
Hasil selepas proses di atas adalah tertakluk kepada kreativiti masing-masing. Anggaran benda alah ni mungkin nampak macam ni -

Siap, masukkan mangkuk makanan dan apa-apa saja asalkan jangan berat sangat!
Penutup tupperware diletakkan di bahagian bawah kalau letak atas lantai.
----------------------------------------------------------------

Tak nak guna style macam diatas? Ada je Glider Kitchen yang ready made yang dijual di pasaran. Antaranya yang macam ni;
Macam ni biasa ada kat petshops
Yang ni takda lapik bawah. Tapi boleh lah letakkan lapik kain..




Ok lah, itu sahaja untuk entri ini. Nantikan ciptaan Glider Kitchen saya pada masa akan datang! Bye.. Like, share dan komen di kanan dan bawah page ini.

*****UPDATE 23 September 2011 UPDATE******

Ramai orang bertanya di mana saya dapat Glider Kitchen yang saya gunakan sekarang ini, iaitu Habitrail OVO (harganya, tidak lebih RM30) yang seperti gambar di bawah ni.. Jawapannya, saya membelinya di Petsmore di lokasi Wangsa Walk. Cari la di cawangan kedai peliharaan haiwan yang lain, bukan sahaja di Petsmore, pasti ada. :) Ok, itu sahaja.. bye!


Ni boleh disangkut dari atas, dibuka penutup kiri dan kanan untuk laluan masuk dan keluar atau dibuka bumbungnya untuk akses lebih besar untuk anda atau suggies!
 
xoxo,
Maddy


Post a Comment