13 September 2011

Tips: Cara nak potong kuku Sugar Gliders

MMM
Hello readers, maddy di sini.. hari ini saya akan mengajar anda bagaimana untuk memotong kuku Sugar Glider anda, style sesi berdialog. Hehe..


  • Bilakah masanya Sugar Glider anda perlu trim kuku?

Apabila mereka jalan di tangan anda dan rasa macam seribu juta jarum mencucuk setiap inci liang roma.

  • Kenapa perlu potong kuku suggies? Saya tak kisah berparut sana-sini macam lanun..

Baguslah awak tak kisah bercalar-balar, namun ia adalah penting untuk suggies tidak membela kuku yang panjang kerana ia mungkin akan menyebabkan mereka tersangkut di mana-mana permukaan. Dan apabila itu terjadi, suggies akan kebiasaannya melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri, walupun perlu menggigit tangan mereka sampai putus. (Mereka memang macam tu, bayangkanlah bila mereka sakit, tempat sakit tu pun mereka akan gigit sampai berlubang)

  • Bagaimana nak potong kuku mereka?

Ada beberapa benda yang diperlukan. Namun, jika anda terlalu terror (sudah berpengalaman lama dengan suggies dan suggies anda pun sudah bonded dan teramat selesa dengan anda), anda hanya memerlukan satu ketip kuku yang canggih lagi tajam.

Yelah, apa dia yang saya perlu ada..?
  • Kain material fleece. Ianya tidak akan membuatkan kuku suggies anda tersangkut. Hati-hati dengan pilihan kain yang akan digunakan. Ini digunakan untuk membalut suggies anda.




  • Ketip kuku yang mempunyai bilah yang serong.

Kalau beli yang dalam satu beg ni dapat set dia

Pandangan atas ketip kuku
Dia serong sikit

Ni bahagian tepi

Lebih mudah nak potong kuku suggies kalau dia 'slanted'/serong sikit. Pasal kuku suggies kan macam bentuk sabit..
  • Ini kali pertama saya potong kuku! Macam mana?
Anda memerlukan seorang untuk membantu anda.. ataupun anda boleh mencubanya tanpa bantuan sesiapa.
  • Kenapa nak kena ada seorang lagi untuk potong kuku?
Orang tu akan menjadi tukang pegang suggies anda.
  • Sampai mana nak potong? Boleh ke potong sebenarnya?
Cuba tengok dekat-dekat kuku suggies anda, nampak tak urat darah depa tu.. sampai akhir urat darah tulah tempat awak boleh mula potong. Memang la boleh potong.. ada orang kata tak boleh tu pasal dia takda research, main cakap je tu. Gambar ilustrasi ada di bawah ni.


Sikit je potong pun.. bukan sampai habis okayy..
  • Jari mana satu yang nak kena potong?
Haa.. jari tangannya ada 5, semua boleh potong. Namun saya selalu tinggalkan jari kelingkingnya tidak diketip kerana ia tidak begitu panjang dan tajam.

Untuk jari kakinya, anda boleh melihat similariti dengan jari kaki kita sendiri. Ibu jari suggies tidak mempunyai kuku dan jari yang lain ada. 2 jari terakhir tidak perlu dipotong kerana ia digunakan sebagai 'sikat' bagi suggies ketika mereka membersihkan bulu mereka. Jangan potong tau! Lagipun ianya terlalu nipis dan tidaklah begitu tajam jadi biarkan sahaja. 

Jadi, hanya tinggal 2 jari kuku diantara ibu jari dan dua 'sikat' suggies. Yang itu boleh dipotong. Masa tengah baca ni, tengok la jari kaki dan tangan suggies anda untuk melihat mana satu yang boleh dan tidak boleh dipotong!

Ni jari tangan suggies
Ni gambaran kartun tangan sugar glider
Ni gambaran kartun untuk kaki sugar glider
  • Ok, habis tu macam mana cara nak pegang?
Ambil kain fleece atau kain yang lembut, balut/lapik suggies didalamnya dan pegang erat-erat badan suggies tersebut agar mereka tidak bergerak. Kemudian keluarkan tangan suggies satu persatu untuk bersedia memotong kukunya.

Nampak ni.. dia balut kaw-kaw

Pelan-pelan je pegang, tapi jangan gelabah bila suggies crabbing, nanti boleh terluka nanti. 
  • Saya kena buat apa? 
Awak potong kuku dia lah. Kalau tak pun, suruh kawan awak/orang yang berpengalaman tunjukkan caranya dan awak boleh cuba lain kali.

Kadar konsentrasi kena tinggi. Pastikan anda dan suggies selesa. 
  • Masa bila sesuai potong?
Masa petang, ketika suggies sedang tidur nyenyak.. kamu ambil dia dan cekup. Jangan bagi dia terkejut sudah.
  • Berapa lama proses potong kuku ni?
Kalau newbie, dah potong satu jari, tarik nafas, potong dua jari, lap peluh di dahi.. mungkin 5-10 minit. Tapi kalau pro, 3 minit pun siap. Takpa, buat perlahan-lahan, bukannya ada race ke apa..

  • Apa lagi nasihat?

Pastikan cahaya yang ada cukup agar nampak urat darah suggies. Takut terlebih potong pulak nanti.

  • Alamak! terlebih potong la.. saya ni kalut dan ngik ngok sikit! (haha menambah-nambah)

Haaa. tulah dah kata jangan potong lebih-lebih.. kan dah berdarah. Kalau nak hentikan pendarahan, sediakan tepung jagung untuk bagi dia 'clot' dan bagi darah berhenti mengalir.


Hati-hati kalau nak ketip kuku suggies. Kalau tak boleh sakit dia nanti.
---------------------------------------------------------------
Tips untuk anda

Dear Readers, memang lah ada orang boleh potongkan kuku suggies awak.. tapi kenalah belajar juga.. takkan nak setiap kali datang ke kedai semata-mata untuk potong kuku suggies awak. Siapa lagi kenal suggies awak? Awak ke penjual suggies tersebut? Kalau nak belajar takpalah, tapi kalau boleh, buatlah sendiri, lagipun suggies awak lagi kenal tuannya dari orang lain. Namun bagaimana boleh orang lain lagi berani pegang suggies dan ketipkan kuku?

 Belajar pelan-pelan ya.. sekali dua ke groomers takpa, cuma jangan setiap dua bulan mencari orang. Take time to learn, and learn from your mistakes. Next time ambil tips dari groomers.. I'm sure in no time you'll be clipping away in even less than five minutes. Have fun trying! :)

-----------------------------------------------------------------------

Rawrr thriller hands!

Baby sebelum potong kuku, digentel dulu sehingga lembik dan tidurkan untuk ops potong kuku..

ZZzzz dah tidur!

Cepit tikus ni jangan bagi gerak!
Selepas 3 minit, siap!

"Apalah nasib aku, nak melekat kat tiang pun tak efektif dah.."

Like, share dan komen di bawah dan kanan page..

xoxo,
Maddy

Post a Comment