07 September 2011

Pengalaman Penulis: Travel ke Cameron Highlands bersama Sugar Glider

MMM
Hello readers dan Selamat Hari Raya saya ucapkan bagi mereka yang menyambutnya! Kini saya berada di Cameron Highlands untuk relaks dan bersantai-santai menghirup udara segar sebelum saya menyambung semester 2 saya di IIUM. Lebih kurang sebulan saya tidak mengemas kini blog dengan entri baru, jari saya pun terasa berat untuk menaip.. mungkin kerana lemak raya masih belum pudar. LOL.

Ah, sekarang saya ingin berkongsi bersama readers pengalaman saya membawa suggie saya melancong. Jika anda belum pernah membaca entri berkaitan Membawa Sugar Glider Balik Kampung, saya sudah menceritakan secara ringkas prosedur dan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk persiapan melancong bersama suggies anda. 




Wah.. seronok saja rasanya bila saya diberitahu yang kami sekeluarga akan bercuti di Cameron Highlands. Udara nyaman dan tumbuh-tumbuhan segar menanti saya di sana, walaupun ia bukanlah tempat melancong yang paling best namun saya ada agenda tersendiri untuk ke sana-STRAWBERI!!



Wah seronoknya! 

Nak petik sampai botak pokok kauu! Hambek!


Strawberi di bandar memang mahal, jadi untuk jimat kos.. saya akan borong strawberi untuk membuat menu makanan baby, suggie saya! Bahan lain seperti Rock Melon, Beri Biru dan Betik ada di rumah, jadi tinggal satu sahaja lagi bahan yang ketinggalan untuk membuat fruit smoothies sugar glider. Resipi fruit smoothies boleh didapati di entri ini

Jadi bermula lah perjalanan saya dan  baby dari Gombak ke Cameron!!

Baby tetiba je nak aktif dalam kereta, jadi saya letakkan dia dalam sangkar perjalanan dia untuk seketika.
Pagi tadi kami bertolak, segala persiapan baby sudah diuruskan. Apa yang saya bawa?

1.Sangkar perjalanan baby yang berukuran 1.5 kaki.
2. Mainan kegemaran baby. Baby suka sangat 'rogol' monkii. Habis koyak jahitan mulut plush toy ni. Haih..
Nama saya monkii, setiap hari saya disondol kepala baby.
3. Mangkuk porselin kecil untuk menyimpan makanan baby
Senang untuk sangkar bersudut supaya ianya tidak bergerak kemana-mana.
4. Makanan pellet, bukan sebagai diet asas, cuma hanya sebagai treats. Bagi kalau rasa suggies anda lapar dan mahukan snek di dalam kereta. (Saya tak bawa buah kerana stok kat rumah habis, lagipun saya kan nak ke Cameron.. belambak kot buah kat sana.. hehe).

Banyak protin benda macam ni, jangan bagi banyak jika suggie anda  mengikut diet HPW..

5. Botol air/'Water Feeder'


6. Sleeping Pouch yang tebal


Sleeping pouch ini tebal dan sesuai untuk bilik berhawa dingin
 7. Treats, suggie yang tidak biasa dibawa ke dalam kereta atau melancong mungkin meragam lebih sedikit.. sediakan treats untuk rasuah.. hehe


Banyak gula je benda macam ni, jangan banyak sangat. Lebih-lebih tu, awak boleh makan.. hehe. I know I do! ;)
 8. Travel kitchen/Travel Portable Cage. Ada beberapa kegunaan untuk benda ni.. saya ada buat simpan barang-barang kecil di atas (muat semua benda tau!), tempat simpan baby untuk dia 'sight seeing' dan sebagai 'Glider Kitchen'; tempat hidang makanan baby pada waktu makan malam agar sangkar kekal bersih dan tidak berbau.

Brief case untuk sugar gliders, hehe..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Setibanya kami di muka pintu Cameron Highlands, kitaorang nampak kedai buah yang pertama. Hehe.. masa tu, keluar je kereta.. kaki kebas gila! Dahlah sejuk, nak keluarkan baby pun fikir dua tiga kali. Nanti kesian dia menggigil..

Sebelah kedai buah ni, kedai jual barang proses seperti jem strawberi, madu liar dan macam-macam lagi..

Tak minat sangat limau madu.. tapi murah lah kat sini..

Buah oren, Rock Melon, Jagung..

Kubis dan Cantaloupe

Berterabur kat Cameron benda alah ni..


Saya hanya beli tomato ceri dan Rock Melon/Cantaloupe. Belum lagi sampai kat tempat jual buah yang gempak lagi.. jadi sabar jelah dulu.. nanti menyesal ada buah lagi murah kat atas. Hehe. Yang tomato ceri yang saya beli tu memang khas untuk baby, tapi bila nak bagi makan, rupanya dia tak beberapa minat. Ceh! Last-last aku juga yang makan. Bertuah punya tikus, nasib baik aku jenis tak memilih..

Murah weii! Kat Jusco ni, sampai RM4.

Yum yum.. 
Rock Melon kat sini pun lagi manis dari yang biasanya dijual di KL. Hmm tapi rasanya ada yang lagi manis, cuma tak jumpa lagi kedai.. Hehe. Rock Melon, memang baby taram lah. Cuma tak beberapa nak licin kalau makan. Hmm.. suka haaatilah babyyy..

Lepas habis borong buah dan sayur, kitaorang sambung balik perjalanan naik atas bukit. Dari kedai tadi perjalanan ke hotel lebih kurang 12km.. waaaaaaah!! Nasib baik kerja saya tidur sahaja, ehem, tak lupa baby sekali. Baby duduk kat dalam pouch je, tak kemana.. nyenyak dia tidur walaupun kita dah naik lebih 3562 kaki atas paras laut. Telinga saya pun dah bunyi 'pop', baby agaknya mesti pekak sekarang ni.. haha.


Cantiknya pemandangan kat sini..


Sesampainya di hotel Equatorial, kitaorang check in. Betapa sejuknya cuaca kat sini.. semua orang macam nak hidap selesema. Baby okay je dalam pouch, saya check hidung dia sekali sekala, nak tengok samada cuaca terlalu sejuk bagi dia. Tapi setakat ni okay je lah. Cuma saya takdelah biarkan dia di luar pouch terlalu lama.. jika tidak, dia akan menggigil. Lagi satu nak tengok samada mereka tahan cuaca itu atau tidak ialah dengan melihat hidung mereka. Jika ianya berwarna biru atau ungu, maknanya tempat itu terlalu sejuk untuk mereka. Cepat-cepat cekup mereka dan dekatkan pada badan untuk kongsi haba badan dengan mereka. Kalau tidak mereka akan menghidap selesema.


Hotel yang terletak paling tinggi dan jauh di atas bukit Cameron. Takpelah, berbaloi-baloi..


Malam tu, sejuk sangat dalam bilik.. saya risau sangat kalau baby tak tahan. Jadi saya lapik sangkar baby dengan dua lapisan kot dan biarkan ruang yang cukup untuk udara masuk dan keluar. Saya check baby sekali sekala dalam pukul 2 pagi dan dia masih aktif bermain dan melompat dalam sangkarnya. Fuh.. nak kata lena tidur saya pada malam itu, memang tak lah. Tapi lepas melihat baby aktif seperti biasa, saya pun lega lah nak sambung tidur balik. Hehe.


Tu sahaja untuk hari ini, esok saya sambung part 2 pula. Entri ni tak berapa tentang panduan, cuma pengalaman saya membawa baby melancong.. hehe. Maaf lah kalau boring, esok baru mula keluar meneroka Cameron. Ladang strawberi, kaktus dan bunga menanti di entri yang berikutnya. Stay tuned!


Komen, like atau share di tab kanan dan di bawah.


xoxo,
Maddy
Post a Comment