24 September 2011

Checklist WAJIB bagi pembela Sugar Gliders!

MMM
Hello readers! maddy di sini.. Hari ini kita buat kuiz jawab sendiri! 1.. 2.. Mula!!


Checklist kelayakan membela Sugar Gliders

Soalan; Adakah anda belum mempunyai Sugar Gliders tapi teringin untuk membela seekor/dua? 
Ya, saya tak ada lagi suggies. Tapi saya nak bela! (Tekan link ini untuk membaca entri Saya belum ada Sugar Glider! Apa persiapannya?) 


*Beli satu jika anda boleh melayan suggies 3-4 jam sehari dan beli sepasang jika anda hanya boleh melayan mereka 1-2 jam sehari.
*Beli sepasang (jantan dan betina) bermakna anda sanggup mengambil risiko menjadi datuk/nenek dan menjaga cucu anda sekiranya anak-anak anda me'reject' anak mereka sendiri. Ini bermakna menyusu joey/bayi suggie tersebut setiap 2 jam dengan milk replacer yang khas untuk Sugar Gliders dan mengurut perut joey tersebut dengan putik kapas untuk menggalakkannya mencerna dan membuang air dengan sempurna setiap kali selepas makan. Joey yang di'reject' juga perlukan kehangatan tubuh badan ibunya, jadi anda perlu memastikan joey tidak sejuk kerana mereka terlalu muda untuk menghasilkan haba.

 Antara perkara yang korang kena baca dan pahami sebelum berfikir untuk mendapatkan sepasang sugar glider betina dan jantan.

Proses Mengawan Sugar Glider. Bila usia sesuai mengawan dan risiko yang ada
http://suggies101.blogspot.com/2012/07/pengetahuan-asas-proses-mengawan-sugar.html


Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang
(Zakar terkeluar, dahi/dada botak, skrotum tergantung dll)
http://suggies101.blogspot.com/2012/07/anatomi-perubahan-fizikal-sugar-glider.html



Soalan; Adakah anda sudah membela Sugar Gliders?
Ya, saya saayanngg suggies saya! <333333


Soalan; Jadi, anda boleh menjawab ya bagi semua soalan-soalan di bawah ini? :/


Pemakanan
Adakah anda tahu tentang diet pemakanan mereka yang betul? 
Tahu cara mengira nisbah fosforus dan kalsium dalam pemakanan?
Arif tentang makanan kegemaran suggies anda?
Makanan apa yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan?
Tahu tabiat dan diet sugar gliders anda?
Tahu tak nestum cerelac, coklat, makanan berminyak dan bergula haram untuk suggies anda?
Ada tak korang mengamalkan 50%-70% diet protin dan selebihnya buah dan sayur?
Ada bagi HPW tak setiap malam?

Klik link berikut untuk maklumat berkaitan dengan  pemakanan sugar gliders

Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/keperluan-asas-pemakanan.html

Sedikit info mengenai makanan Sugar Glider (contoh makanan/menu oleh penulis)
http://suggies101.blogspot.com/2011/10/pengalaman-penulis-sedikit-intro.html

Baca mengenai tabiat pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tabiat-dan-diet-sugar-gliders.html

Pelajari makanan (buah/sayur) yang selamat dimakan dan kadar nisbah kalsium dan fosforus
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html

Guna kalkulator untuk kira nisbah kalsium dan fosforus pemakanan Sugar Glider anda!
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/kalkulator-untuk-sugar-gliders.html

Kenapa Sugar Glider tak selera makan, HPW (diet wajib beri setiap malam), buah dan sayur
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/kenapa-sugar-glider-saya-tak-nak-makan_11.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Nestum/Cerelac diet yang membawa padah pada Sugar Glider!
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/nestumcerelac-untuk-sugar-glider.html

Sugar Glider makan bersepah dan kerap basuh sangkar? Buat Glider Kitchen anda sendiri!
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/tips-glider-kitchen.html



Habitat/tempat tinggal/Sangkar

Ada sangkar minima 3 kaki/lebih?
Ada mainan sugar gliders yang interaktif dan cambest?
Tahu apa mainan selamat dan tidak membahayakan suggies?

Klik link berikut untuk maklumat berkaitan dengan  tempat tinggal sugar gliders

Bajet keseluruhan pembelanjaan sangkar, mangkuk makanan, aksesori
http://suggies101.blogspot.com/2011/10/hargabajet-pembelanjaan-sangkar.html

Penyakit/Kesihatan
Tahu tak petanda-petanda lazim suggie yang sakit?
Ada tak senarai pakar vet sugar glider di kawasan anda?

Kenal pasti penyakit yang lazim dihidap oleh Sugar Glider dan cara mengubati (melainkan kena pergi vet)http://suggies101.blogspot.com/2011/07/penyakit-lazim-bagi-sugar-gliders.html

Sugar Glider melukakan diri kerana stres/sakit? Buat E-Collar untuk mengelakkannya
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tips-e-collar.html 

Tabiat/Waktu Bermain
Ada ke masa nak luangkan 2/3 jam sehari untuk sugar glider anda? 
Mampu ke ambil risiko berhari-hari, berminggu-minggu mahupun berbulan-bulan cuba menjinakkan suggie yang masih garang dan liar?

Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh lawat halaman fan page Suggies for Newbies di Facebook.

xoxo,
Maddy
Post a Comment