17 August 2011

Persiapan Membela/Membeli Sugar Glider

MMM




***UPDATED 21/9/2012***

Hello readers, Maddy di sini. Pada hari ini saya tujukan entri ini khas untuk mereka yang belum membela suggies tetapi berminat untuk membela atau hanya inginkan informasi tentang pra-langkah membela mereka.


Jika anda tidak tahu apa itu Sugar Gliders, sila baca entri pendek tentang Pengenalan terhadap Sugar Gliders.

Dan untuk Bajet keseluruhan pembelanjaan sangkar, mangkuk makanan, aksesori sugar glider, klik http://suggies101.blogspot.com/2011/10/hargabajet-pembelanjaan-sangkar.html
  





Apa yang diperlukan oleh seseorang untuk membela Sugar Gliders?

1. Pengetahuan Asas mengenai Sugar Gliders
2. Sugar Glider yang sihat. (Sugar Glider belum matang senang sakit)
3. Sangkar tinggi 3 kaki *Tidak boleh kurang dari ini sekurang-kurangnya
4. 'Sleeping pouch'
5. 'Bonding pouch'
6. Bekas makanan dan minuman
7. Diet utama Sugar Glider (HPW, High Protein Wombaroo Diet. Ini yang paling lazim dan mudah didapati di semenanjung Malaysia), pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Juga termasuk treats seperti yogurt drop, dan pelbagai variasi serangga yang selamat dimakan sugar glider
8. Kerajinan, komitmen, minat yang tinggi. (Sugar glider yang biasanya baru dapat akan liar dan belum jinak. *ini merupakan antara masalah besar pembela suggies yang baru)


Untuk pemahaman yang lebih sempurna bagi anda, saya akan beri penghuraian yang lebih terperinci bermula dengan perkara nombor 1.


1. Pengetahuan asas merangkumi informasi mengenai tabiat pemakanan, senarai makanan yang selamat, cara untuk bonding, ilmu tentang penyakit-penyakit lazim yang dihidapi serta juga akses informasi kepada alamat pakar veterinari haiwan yang arif mengenai Sugar Gliders untuk rawatan penyakit dan pemeriksaan berkala. Ianya juga berguna untuk mengetahui senarai doktor haiwan yang pakar tentang Sugar Gliders sekiranya berlaku apa-apa kecemasan kepada si kecil anda.


Betik boleh makan, kurma jangan banyak.. semua  simpan dalam otak belah kiri ke.. kanan? 


Konklusinya, sebelum anda membuat keputusan untuk membela sugars, ilmu tentang pemakanan, penjagaan, tabiat, kesihatan, penjagaan perlu cukup di dada. Jangan nanti ada masalah baru terkial-kial hendak bertanya di sana sini. Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada berguna.



2. Sugar Glider yang sihat adalah faktor yang penting bagi memastikan jangka hayat dan kehidupan yang panjang dan selesa untuk si kecil anda. Sugar Gliders lazimnya pandai menyembunyikan masalah kesihatan mereka, sehinggalah ianya menjadi kronik baru ia dapat dikenal pasti dan kelihatan dengan lebih jelas oleh pemilik mereka. Dan selalunya jika ianya dikenal pasti terlalu lambat, kondisi sugars akan bertambah kronik dan sukar diubati. Yang paling penting juga adalah mengenal pasti sugar glider yang sudah cukup 2 bulan lebih. Sugar glider yang terlalu muda, dipisahkan dari ibunya sebelum putus susu boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan untuknya. Antibodi dan zat yang disalurkan kepada joey/anak sugar glider melalui susu dan membantunya melawan penyakit yang pernah dialami ibunya dan jika mereka dipisahkan sebelum habis tempoh 'weaning' atau tempoh menyusu, suggie yang baru dibeli itu akan senang mendapat penyakit dan kebarangkalian untuk mati di tangan pembela sugar glider yang tergopoh-gapah membeli sugar glider tanpa usul periksa dan kajian.

Cara mengenal pasti suggie yang cukup 2 bulan/lebih dan sihat;
1. Periksa badan suggie tersebut. Badannya mestilah sekurang-kurangnya sepanjang tapak tangan (melintang) dan tidak termasuk panjang ekor.
2. Lihat bulu suggie tersebut sama ada kembang di bahagian ekor atau tidak. Jika kurus sahaja, maknanya suggie tersebut masih muda dan belum lagi sesuai diambil/dibeli. Jikalau ekornya juga basah bertempek dengan najis, jangan beli dari penjual sugar glider tersebut. Ini menandakan yang suggie tersebut ada cirit birit/masih terlalu muda sehinggakan tidak pandai lagi menjaga diri (kebersihan dan bab 'grooming' ini diajar oleh ibu). Kebanyakan kes sugar glider bawah umur atau 'underaged' yang mati adalah disebabkan oleh kes cirit-birit yang mula-mulanya tidak begitu serius dan kemudiannya menjadi kronik. Tuan sugar glider pun terlalu cetek ilmu untuk mengambil tindakan untuk membawa suggie mereka ke vet malah tidak tahu apa hendak dibuat melainkan melakukan carian di internet sahaja. 
3. Lihat telinga suggie, jangan ambil yang nampak layu dan kuyup. Ia menandakan suggie yang kurang air dalam badan atau sakit. Cari yang nampak bertenaga, telinganya akan tegak berdiri.
4. Periksa gigi suggie, dan tanya penjual jika mereka mengetip gigi suggie. Jangan sesekali membeli dan menggalakkan pembelian suggie daripada orang yang mengetip gigi suggies. Dengan mengetip gigi suggies, ini akan menyebabkan mereka susah untuk makan dan menoreh makanan mereka. Ada kes pembeli suggie yang terpaksa menyuap suggies mereka setiap kali untuk makan dan hanya memberi makanan yang sudah lumat sahaja. Ada kejadian suggie yang mengalami depresi dan tidak lalu makan sehingga mati kelaparan (sebab ketidakpertihatinan tuan sugar glider juga)
5. Lihat mata suggie, jangan beli yang ada kelabu asap di mata atau warna selain dari hitam (untuk sugar glider yang bukan variasi) Bagi sugar glider yang ribuan ringgit, ada yang mata merah, jadi jangan ingat suggie tu sakit ke apa.
6. Lihat perwatakan suggies tersebut, ada yang kuat 'crabbing' (bunyi sugar glider yang wajib dipahami. Baca Bunyi yang dibuat Sugar Glider http://suggies101.blogspot.com/2011/07/bunyi-bunyian-yang-dibuat-sugar-gliders.html), ada yang suka melompat.. dan macam-macam. Ikut la korang nak macam mana.. suggies ni memang ada personaliti mereka sendiri, tiada satu serupa dari segi makanan kegemaran, sifat dan gaya mereka..


3. Sangkar 3 kaki (had minima) Ya, ini pun sebenarnya keperluan minima bagi suggies. Mereka asalnya tinggal di hutan liar dan  menggelungsur dari pokok ke pokok (sejauh 150m setiap malam) sekurang-kurangnya anda boleh membekalkan senaman yang membolehkan mereka bermain dengan bebas. Ini juga termasuk juga waktu bermain 'free range' (main lepas di dalam bilik yang sudah 'glider proof' - selamat dari benda tajam, makanan tidak selamat untuk sugar glider, benda kecil dan halus dan juga berbahaya untuk dimakan suggies seperti ubat, pin dan sebagainya. Sugar glider tidur sebahagian waktu petang dan bermain aktif sekali pada waktu malam. Jadi ia amat penting untuk mendapatkan sangkar besar dan selang setiap beberapa hari, untuk membiarkannya bermain di ruang besar seperti di bilik atau dalam kelambu (jika tiada bilik yang boleh digunakan untuk suggies).

5. 'Bonding pouch' Amat penting/perlu untuk menjinakkan suggies. *Ingat, semua suggies/joeys yang baru diterima adalah liar. Tiada istilah bagi joeys yang jinak gila babas punya spesis dll. Kalau jinak, ianya samada sudah terbiasa dengan interaksi dengan manusia, selesa dengan bau anda, atau kalau kes yang paling sedih.. ianya terlalu muda/kecil/underaged untuk 'tidak suka akan anda'/crabbing/sakit. (Ikut badan joeys tersebut lah, jika kepalanya lebih besar dari badannya sendiri, memang ia underaged. Jika ianya sendiri lagi kecil dari ibu jari anda, memang ia underaged. Hmm.. hati-hati denga  permbelian joeys underaged. Nak menjaganya bukan senang.. cari dan beli 'Milk Replacer' yang khas untuk sugar gliders. Untuk kucing/anjing tidak sesuai. 

BACA TOPIK INI UNTUK CARA MENJINAKKAN DAN BONDING SUGGIES ANDA

Cara Extreme Tame/Bond Sugar Glider (Garang/Separuh jinak/Tak boleh duduk diam etc)
http://suggies101.blogspot.com/2012/08/extreme-tamingbonding-untuk-sugar-glider_17.html
Cara menjinakkan dan bonding dengan Sugar Glider yang garang/penakut. (Pelajaran asas)
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/keperluan-asas-bonding.html


6. Bekas makanan dan minuman suggies. Untuk makanan, suggies suka makan di tempat yang tinggi, jadi letaklah makanan mereka di bahagian atas sangkar, sama juga seperti 'sleeping pouch' mereka, harus diletakkan di bahagian atas. Suggies suka berada di tempat tinggi kerana sudah menjadi lumrahnya tinggal di atas pokok bagi mengelakkan dari ancaman pemangsa ketika mereka di habitat asal mereka. Tapi tidak ada salahnya jika tempat makan/tidur mereka rendah sikit (mungkin sebab baru nak jinakkan/ada anak suggie dan takut jatuh dari tempat tinggi/suggie sakit dan takut jatuh. Ada bekas makanan yang boleh digantung, dan ada yang letak di lantai. Untuk bekas minuman, selalu pastikan bila anda baru dapat/beli suggies, yang anda mempunyai sekurang-kurangnya 2 botol minuman di dalam sangkar (sesetengah suggies mati sebab dehidrasi dan tidak pandai menggunakan/minum dari botol minuman mereka) Jadi selalu awasi sama ada mereka tahu atau tidak menggunakan botol minuman tersebut atau lihat sama ada air kurang atau tidak selepas sehari. Suggie yang tidak minum air selama 24 jam boleh membawa maut jika tidak dirawat atau diberikan air secepat mungkin sebab badan kecilnya tidak mampu tahan lama seperti badan manusia.

7. Diet utama Sugar Gliders, di Malaysia kebiasaannya memang HPW.. ada juga GliderSlurp dan lain-lain. Jangan beli selain daripada HPW atau Gliderslurp. Yang lain jenama tidak ada kesahihan kredibiliti dan isi kandungan yang diakui pakar veterinari sugar glider. Yang ini memang bahagian wajib untuk pemakanan suggies. Mereka memerlukan kadar protin dalam diet yang tinggi (70%) dan selebihnya, buah dan sayur serta treats (sekadar suka-suka atau untuk proses menjinakkan). Baca entri dibawah ini untuk perkara relevan mengenai pemakanan mereka yang rumit ini.

Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/keperluan-asas-pemakanan.html

Contoh penyediaan makanan malam Sugar Glider (contoh makanan/menu oleh penulis)
http://suggies101.blogspot.com/2011/10/pengalaman-penulis-sedikit-intro.html

Baca mengenai tabiat pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tabiat-dan-diet-sugar-gliders.html

Makanan (buah/sayur) yang selamat dimakan dan kadar nisbah kalsium dan fosforus
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html

Kalkulator untuk kira nisbah kalsium:fosforus pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/kalkulator-untuk-sugar-gliders.html

Sugar Glider tak selera makan, HPW (diet wajib beri setiap malam), buah dan sayur
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/kenapa-sugar-glider-saya-tak-nak-makan_11.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Nestum/Cerelac diet yang membawa padah pada Sugar Glider!
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/nestumcerelac-untuk-sugar-glider.html

Sugar Glider makan bersepah dan kerap basuh sangkar? Buat Glider Kitchen anda sendiri!
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/tips-glider-kitchen.html


8. Semua jenis nilai murni yang perlu ada untuk menjaga bayi manusia adalah sama seperti untuk menjaga Sugar Glider. Adakah anda bersedia untuk menimang cahaya mata dalam hidup anda. Apa yang perlu untuk jaga bayi? Perancangan! Takkan tup tup terus dapat, bukan? Rancang dengan sempurna. Beli sangkar sudah? Dapatkan barang-barangnya? Beli di mana? Siapa stokis anda? Ada senarai klinik haiwan terdekat? Bagaimana, Kenapa, Mengapa, Bila, Hmm.. apa pandangan anda tentang semua ini? 


Komen, like dan kongsi entri saya ini kepada semua yang anda mahu. Sebarkan sebanyak mungkin informasi ini kepada suggies owners to-be di luar sana. Mari kita didik mereka dan cegah pembelian underaged suggies. 

Tekan link ini untuk memilih topik-topik penting yang lain berkaitan dengan penjagaan sugar glider. (WAJIB TEKAN) 

Like us on Facebook! Klik Suggies for Newbies <3


xoxo,
Maddy
Post a Comment