04 August 2011

Tips: Membawa Sugar Glider Balik Kampung

MMM
*****Updated 24-9-11******


Hello readers, menjelang musim raya ini, pasti ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk berjumpa saudara-mara . Tetapi adakah anda sudah memikirkan tentang pelan untuk sugar gliders anda?


Pelan satu


Keperluan sugars ketika perjalanan ke kampung, di kampung dan pulang dari kampung.


Apa yang penting? (Asas)
  • HPW
  • Botol air/Water feeder
  • Mangkuk makanan
  • Sangkar perjalanan/Travel cage
  • Sangkar besar (kalau lama sangat tinggal di kampung, bawa sahaja sangkar besar mereka)

Ni nak buat kenduri sugar glider ni..

Apa perlu ada? (Keperluan)
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
Beli sahaja buah dan sayur di kampung atau di dalam perjalanan. Sesetengah makanan tidak tahan berada di luar peti sejuk untuk masa yang lama.
Bawa 'cooler' atau bekas untuk menyimpan makanan.



Tambahan? (Ekstra)
  • Gliderade/Gatorade (Jika mereka nampak lesu dan kurang air)
  • Suplemen Kalsium

Haus? Debunga lebah pun ada dalam ini, rasa blueberry lagi..


Kecemasan? 
  • Swab kapas (Untuk lap bahagian mata jika ada apa-apa benda asing di matanya)
  • 'Cotton bud' (Untuk membersihkan tempat yang sukar dicapai dan sempit)
Mereka mungkin tak suka, tapi ianya perlu untuk memastikan luka lama tidak dibuka 
  • 'E-collar' (Sekiranya sugars anda terluka atau mempunyai kesan kudis daripada luka, pasangkan E-Collar agar dia tidak menggigit luka itu. Sugars cenderung 'groom' secara berlebihan ketika stres atau rasa sakit) Apa itu E-Collar?
  • 'Syringe' untuk bayi (Jika terpaksa memberi makan 'hand feed'

Pelan kedua


Apa rutin dalam kereta?
Lightning McQueen!
  • Letak sugars dalam cage perjalanan/travel cage.
  • Sumbat sleeping pouch, beberapa barang mainan kegemaran sugars anda
  • Bawa lapik untuk melindungi sugars dari terik mentari
Contoh lapik untuk cage Vision So2
  • Campak beberapa ketul buah-buahan kering di dalam sangkar atau pouch sugars
  • *Kalau perjalanan malam, letak buah-buahan segar dan HPW. 



Rutin dalam kapal terbang (Maju betul ye, dah naik MAS dah suggie awak..)


Biasanya, prosedur yang perlu dibuat untuk membawa suggies anda naik kapal terbang adalah untuk mendapatkan kelulusan dari pakar veterinari haiwan yang sugar gliders anda bebas dari sebarang penyakit berjangkit atau sebarang komplikasi lain. Selain itu, anda perlu mengisi beberapa borang. 


Yang saya tahu, hanya MAS membenarkan haiwan peliharaan untuk dibawa ke atas kapal terbang. Namun suggies anda mungkin akan ditempatkan di bahagian kargo di belakang kapal. Jadi, jika anda mendapat kelulusan untuk membawa suggies anda naik kapal terbang, pastikan sangkarnya ditutup dengan kain yang gelap (takut dia stres dengan persekitaran yang asing) tapi nipis agar oksigen dapat lepas masuk dan keluar. Jangan lupa juga makanan dan minumannya!




Terbaik dari ladang..
Rutin dalam kereta api
  • Letak dalam sangkar perjalanan (untuk malam)/bonding pouch (untuk waktu pagi dan petang)
  • Letak semua keperluan, kecuali mainan yang membuat bunyi bising
  • Jika pada waktu malam, pastikan sangkar perjalanan mudah untuk dimasukkan tangan, ini bertujuan untuk memastikan sugars tidak 'barking' untuk memanggil anda di dalam tren. Nanti ramai ingat anak anjing mana yang terselit dalam kereta api..



Rutin dalam bas
  • Sama seperti di atas
Sesampainya di kampung


Lokasi: Tempat terpencil, tiada orang nak ganggu dan usik. Ia juga mesti tidak terlalu bising dengan bunyi yang boleh membuatkan suggies anda stres dengan persekitaran barunya. Juga, pastikan tiada binatang lain yang boleh ada akses kepada suggies anda. 


Dan yang paling penting, jangan bagi budak-budak tahu/main dekat dengan sangkar/bermain dengan suggies tanpa pengawasan anda! Banyak kes lagi-lagi masa raya, budak-budak tangan gatal membuka sangkar dan membiarkan suggies terlepas. Jumpa balik tak? Anda rasa? Saya rasa lepas hari raya pertama tu dia dah buat kenduri arwah dah.. 


Waktu malam: Biar dia bermain dalam sangkar. Kalau rasa selamat, lepaskan dalam bilik tapi pastikan bilik itu 'Glider-proof' yakni selamat dari perkara yang boleh memberi mudarat kepada suggies. Lubang tandas perlu ditutup dan pastikan apa jenis lubang atau ruang yang kecil ditutup.


Kenapa saya kena bawa suggies balik ke kampung?



  • Kalau balik lebih 1 hari, bawalah suggies anda bersama balik kampung.
  • Kalau tak boleh bawa, pastikan ada orang yang pandai menjaga suggies anda dan memberi makan dan perhatian yang cukup ketika anda tiada.
  • Suggies akan stres jika tuan mereka meninggalkan mereka (kalau dah bonded and manja sangat) Jadi untuk pengganti, cari la orang untuk menjaganya.. paling afdhal, orang yang biasa dengan suggies anda dan berilmu.
  • Nak tinggalkan pun boleh, cari la pet boarding/pet hotel yang boleh diharap dan berilmu dalam bab menjaga suggies. Tinggalkan cage dan barang aksesori + mainan suggies dan beri menu pemakanan pada penjaga pet boarding tersebut. Bagi semua informasi tentang penjagaan suggies pada pihak mereka agar mereka tahu tentang penjagaan suggies dan tiada masalah yang akan terjadi sementara anda merantau balik kampung. 
  • Juga, tinggalkan nombor dan alamat klinik haiwan veterinari untuk rujukan dan kes kecemasan suggies anda.
Apa terjadi pada Sugar Glider yang ditinggalkan tanpa jagaan/teman?
Sugar glider yang ditinggalkan seorangan tidak sebaik kondisi hati/perasaannya berbanding sugar glider yang dapat berinteraksi dan bergaul dengan pemilik. Seperti yang kita tahu, suggies adalah makhluk yang AMAT SOSIAL. Mereka tergolong dalam kategori haiwan 'high maintenance' (biasanya kita dengar terma ini digunakan untuk perempuan budget, namun inilah realitinya tentang sugar gliders. Satu lagi contoh haiwan yang perlukan interaksi sosial yang tinggi merupakan chinchilla).


Chinchilla, gebu nak mampuih


"Meninggalkan sugar gliders berseorangan tanpa teman boleh membunuh mereka". 


Saya selalu mendengar orang mengatakan bahawa mereka AKAN mati jika ditinggalkan keseorangan. Ini adalah kenyataan benar yang tidak boleh disokong oleh bukti yang sedia ada. Tetapi ia boleh dikaitkan bergantung pada situasi. Faktanya adalah, sesetengah suggies mati akibat kebuluran, jika mereka enggan makan. Ini adalah satu contoh depresi/kemurungan. (seperti sudah dibincangkan dalam entri Penyakit lazim Sugar Glider) Suggies yang disimpan berseorangan sering menunjukkan beberapa tanda-tanda kemurungan dan salah satu daripada tanda-tandanya banyak makan (menjurus kepada obesiti. Kerana bosan, mereka makan berlebihan) atau keengganan untuk makan apa-apa (depresi). Punca kematian selalunya adalah disebabkan oleh kebuluran. Dan saya fikir kita boleh menduga bahawa kemurungan yang menyebabkan perbuatan kebuluran adalah disebabkan oleh kekurangan perhatian dan interaksi dalam persahabatan suggies dan pemilik.


Takut la duduk rumah sorang-sorang..


Sesetengah pakar mengatakan bahawa suggies perlu berinteraksi dengan kaum mereka sendiri, seperti kita manusia perlu berinteraksi dengan manusia yang lainSuggies mempunyai struktur sosial yang kompleks. Melainkan jika anda boleh menyediakan persekitaran seperti zoo, namun.. pembelaan sugar gliders dalam berkumpulan susah untuk dilaksanakan. Jadi membela sepasang suggies adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa banyak sugar gliders hanya 'survive' di dalam kurungan dengan hanya bergantung kepada persahabatan dan kasih sayang pemiliknya. Memang 'needy', kalah teman lelaki/teman wanita, kan?


Walaupun anda melihat suggies anda masih dalam keadaan baik dan sihat walaupun mereka kerap ditinggalkan bersendirian pada masa yang panjang, jangan sekadar membaca info ini dan anggap masalah ini tidak berlaku pada suggies anda. Tidak semestinya apabila mereka tidak mati, mereka tidak bahagia. Teruskan tabiat ini, lama kelamaan anda akan mendapat suggies yang melakukan self-mutilation! Jaga-jaga ya..

Membela suggies bukan mudah dan saya harap dengan adanya mereka, kita boleh berubah untuk jadi yang terbaik untuk mereka. 




Sila like, komen dan share untuk kongsi dengan pemilik-pemilik sugars yang lain, sehingga nanti..


xoxo,
Maddy

Post a Comment