09 August 2011

Tips: Kehidupan Sugar Gliders di Hostel/Asrama

MMM
Hello readers! Maddy di sini.. hari ini topik entri saya mengenai pembelaan sugars di kediaman universiti/kolej/asrama anda.


Universiti Islam Antarabangsa


Sebagai pelajar undang-undang universiti di IIUM (International Islamic University Malaysia), peraturan mereka jelas menyatakan yang haiwan peliharaan adalah dilarang untuk dibawa/dibela di asrama masing-masing. Jadi? bagaimana saya hendak menasihatkan anda tentang cara kehidupan mereka di asrama jika saya sendiri tidak dibenarkan untuk membela baby saya di sana? Ini sebab saya tidak kisah tentang apa yang rules kata. Ikut kata saya sahaja! 


Gurau ajalah! Saya tinggal begitu dekat dengan uni saya, jadi saya hanya ulang-alik ke rumah setiap hari jadi suggie saya selesa makan dan bermain pada waktu malam. Namun setiap hari, baby akan sentiasa ikut saya pergi ke kuliah dari pagi ke petang. 





Saya pernah berpengalaman membela 15 ekor hamster di bilik asrama saya bersama tiga teman sebilik. Tiada komplikasi (melainkan asma dan masalah bau -_-") tetapi saya nasihatkan anda yang bukan semua teman sebilik boleh jadi 'sporting' macam kawan-kawan saya. Dan dengan adanya juga peraturan dan 'spot check' yang kerap dan ketat, anda boleh berada di dalam masalah yang besar dan amaun saman yang banyak jika anda tidak berhati-hati. 
Berteraburan menatang ni dalam kompartmen saya..


Namun penjagaan sugar gliders adalah lebih rumit dan 'high maintenance' dari hamsters untuk kehidupan sibuk di universiti. 


Mari saya buat perbandingan antara kedua-duanya..


Haiz



Hamster


Bunyi: Bunyi bising dari roda senam. Ada je roda senam yang kurang bising. Hamsters tidak membuat sebarang jenis bunyi.


Bau: Busuk jika tidak basuh sangkar dan tukar bedding. Sekali tiga hari ok lah.


Makanan: Senang disimpan kerana ianya kering. Makanan juga tahan lama dan mereka tidak cerewet dengan diet mereka.


Air: Minum air melalui botol feeder yang biasa. Ditukar setiap hari secara afdhalnya untuk elakkan penumbuhan bakteria.

Sangkar: Kecil, boleh letak dimana-mana. Saya letak tepi katil, atas meja.. semua tempat pernah. Iron board pun pernah!


Penjagaan: Bergantung kepada jenis hamster. Pengendalian yang kerap diperlukan untuk winter whites agar tidak menjadi liar jika lama dibiarkan tanpa sentuhan tangan manusia. Manakala syrian hanya perlu dijinakkan sekali dan mereka akan kekal 'human friendly' seumur hidup.


aww..



Sugar Gliders


Bunyi: Macam-macam jenis bunyi dikeluarkan oleh mereka. Rujuk entri blog saya mengenai Bunyi-bunyian Sugar Gliders.

Bau: Sugars jantan mengeluarkan bau yang lebih kuat daripada betina. Ada juga yang sukar diperasan oleh sesetengah pemilik kerana sudah terbiasa. Bagi orang yang tidak pernah melihat atau biasa akan sugar gliders, mereka akan biasanya perasan bau suggies anda. Konklusinya, memang berbau la, bercampur dengan bau sangkar dan makanan mereka jika tidak dibersihkan sehari sekali.


Pemakanan: HPW (High Protein Wombaroo Diet), buah-buahan, sayur-sayuran. Sugar gliders perlukan diet yang segar setiap hari. Melainkan anda mempunyai peti ais khas untuk sugars anda, janganlah berangan kalau tidak HPW yang dibancuh akan hanya cair dan jadi tidak elok. 


*****UPDATED 29 Sept 2011********


Solusi untuk HPW dan buah/sayur: boleh beli buah-buahan yang dijual dalam plastik kecil di kafeteria kampus (jika ada) tapi buah-buahan perlulah sentiasa bertukar-tukar agar suggies tidak bosan dan akhirnya mungkin enggan memakan buah yang sama diberikan setiap hari. Dan untuk HPW, anda boleh menggunakan 'HPW ready' , sebagai pengganti HPW biasa yang perlu disimpan didalam peti sejuk. 'HPW ready' hanya perlu tambah air setiap kali hendak guna. Harga HPW ready adalah RM32-35,. Namun saya rasa pilihan ini lebih mahal berbanding HPW yang tradisional dan biasa kerana kuantitinya lebih sedikit dan ianya mungkin tidak mampu bertahan lama berbanding HPW biasa. HPW biasa (yang disimpan dalam peti sejuk) tahan 5 bulan per suggies.


***********************************


Anda juga perlu pastikan makanan yang diberi mempunyai banyak pilihan, anda perlu mendapatkan makanan kegemaran mereka atau mereka tidak akan menyentuh makanan apa yang anda beri. Selain itu, anda juga perlu memastikan yang mereka makan apa yang diberi dan mendapat nutrisi yang seimbang


Air yang segar perlu diberi setiap hari. Kadang-kadang, sugars yang berada di tempat persekitaran yang baru akan merasa janggal dan akan cirit -birit/stres. Air dan diet yang sesuai perlu diberikan agar sugars anda kembali sihat. 


Konklusinya, tabiat pemakanan sugars perlu berada di bawah pemerhatian anda setiap masa. Sugar gliders merupakan haiwan eksotik dan cara pemakanan mereka lebih rumit berbanding hamsters dan haiwan tempatan kita.


Sangkar: 3 kaki paling minumum! Kalau nak tinggal lebih sehari/tinggal tetap di asrama, jangan lah letak suggie awak di tempat yang kecil. Mereka perlukan ruang yang luas untuk glider dan melompat sana-sini. Ada tempat ke nak letak sangkar mereka tu? 


Penjagaan: Perlu dibawa bermain setiap malam atau petang. Mereka akan murung dan mengalami depresi jika tidak dilayan. Sugars yang kesepian juga akan membuat bunyi barking (comel tapi bising, mungkin menggangu ahli bilik yang lain) untuk memanggil anda bermain dengan mereka. Hidup di universiti sudahlah sibuk, adakah anda mempunyai masa untuk memberi dan meluangkan masa untuk mereka di tengah-tengah malam?


Hmm.. renung-renungkan readers, adakah anda mempunyai segala kelengkapan untuk membawa sugars anda ke universiti? Adakah kolej anda membenarkan haiwan peliharaan? Adakah anda mempunyai peti sejuk di bilik untuk menyimpan barang-barang makanan sugars anda? Adakah anda komited untuk semua ini? 


*******UPDATED 29 Sept 2011*********


Jika saya bawa suggies saya tinggal ke asrama atau melancong, saya menggunakan travel cage Exoterra Explorarium yang mudah alih dan senang disimpan. Selain itu, saya juga perlu pastikan suggie saya tidak perlu tinggal dalam sangkar travelnya jika ianya lebih dari 3/4 har penggunaan. Kalau lebih, saya nasihatkan anda membawa sangkar 3 kaki mereka untuk keselesaan maksimum.


**************************************


Sebab itu saya hanya ingin membela suggie saya di rumah kerana sangkar 3 kaki mengambil ruang yang banyak di dalam bilik asrama saya. Saya juga risau tiada tempat untuk suggie saya bermain 'free-range' kerana bilik asrama sukar untuk di'glider'proof'. Lagipun, saya berasa senang untuk berulang-alik dari rumah bersama suggie saya kerana saya mempunyai kelas dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Di rumah pada pukul 10/12 malam, saya akan melepaskan suggie saya di dalam bilik, jadi dia tidak akan berasa terlalu bosan jika terpaksa terperap di dalam sangkar jika saya tinggal di kampus. Di rumah juga, saya boleh pastikan kehidupan dan tabiat suggie saya stabil dari segi makanan dan keselesaan. Tapi, jika anda mampu membekalkan segalanya untuk sugars anda di kampus/asrama, saya tabik spring pada anda! Jangan lupa kongsi pengalaman anda di bawah dengan reader yang lain!


Like, share atau komen di ruang kanan atau bawah ini. Sehingga nanti,


xoxo, 
Maddy

Post a Comment