17 August 2011

Persiapan Membela/Membeli Sugar Glider

MMM




***UPDATED 21/9/2012***

Hello readers, Maddy di sini. Pada hari ini saya tujukan entri ini khas untuk mereka yang belum membela suggies tetapi berminat untuk membela atau hanya inginkan informasi tentang pra-langkah membela mereka.


Jika anda tidak tahu apa itu Sugar Gliders, sila baca entri pendek tentang Pengenalan terhadap Sugar Gliders.

Dan untuk Bajet keseluruhan pembelanjaan sangkar, mangkuk makanan, aksesori sugar glider, klik http://suggies101.blogspot.com/2011/10/hargabajet-pembelanjaan-sangkar.html
  





Apa yang diperlukan oleh seseorang untuk membela Sugar Gliders?

1. Pengetahuan Asas mengenai Sugar Gliders
2. Sugar Glider yang sihat. (Sugar Glider belum matang senang sakit)
3. Sangkar tinggi 3 kaki *Tidak boleh kurang dari ini sekurang-kurangnya
4. 'Sleeping pouch'
5. 'Bonding pouch'
6. Bekas makanan dan minuman
7. Diet utama Sugar Glider (HPW, High Protein Wombaroo Diet. Ini yang paling lazim dan mudah didapati di semenanjung Malaysia), pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Juga termasuk treats seperti yogurt drop, dan pelbagai variasi serangga yang selamat dimakan sugar glider
8. Kerajinan, komitmen, minat yang tinggi. (Sugar glider yang biasanya baru dapat akan liar dan belum jinak. *ini merupakan antara masalah besar pembela suggies yang baru)


Untuk pemahaman yang lebih sempurna bagi anda, saya akan beri penghuraian yang lebih terperinci bermula dengan perkara nombor 1.


1. Pengetahuan asas merangkumi informasi mengenai tabiat pemakanan, senarai makanan yang selamat, cara untuk bonding, ilmu tentang penyakit-penyakit lazim yang dihidapi serta juga akses informasi kepada alamat pakar veterinari haiwan yang arif mengenai Sugar Gliders untuk rawatan penyakit dan pemeriksaan berkala. Ianya juga berguna untuk mengetahui senarai doktor haiwan yang pakar tentang Sugar Gliders sekiranya berlaku apa-apa kecemasan kepada si kecil anda.


Betik boleh makan, kurma jangan banyak.. semua  simpan dalam otak belah kiri ke.. kanan? 


Konklusinya, sebelum anda membuat keputusan untuk membela sugars, ilmu tentang pemakanan, penjagaan, tabiat, kesihatan, penjagaan perlu cukup di dada. Jangan nanti ada masalah baru terkial-kial hendak bertanya di sana sini. Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada berguna.



2. Sugar Glider yang sihat adalah faktor yang penting bagi memastikan jangka hayat dan kehidupan yang panjang dan selesa untuk si kecil anda. Sugar Gliders lazimnya pandai menyembunyikan masalah kesihatan mereka, sehinggalah ianya menjadi kronik baru ia dapat dikenal pasti dan kelihatan dengan lebih jelas oleh pemilik mereka. Dan selalunya jika ianya dikenal pasti terlalu lambat, kondisi sugars akan bertambah kronik dan sukar diubati. Yang paling penting juga adalah mengenal pasti sugar glider yang sudah cukup 2 bulan lebih. Sugar glider yang terlalu muda, dipisahkan dari ibunya sebelum putus susu boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan untuknya. Antibodi dan zat yang disalurkan kepada joey/anak sugar glider melalui susu dan membantunya melawan penyakit yang pernah dialami ibunya dan jika mereka dipisahkan sebelum habis tempoh 'weaning' atau tempoh menyusu, suggie yang baru dibeli itu akan senang mendapat penyakit dan kebarangkalian untuk mati di tangan pembela sugar glider yang tergopoh-gapah membeli sugar glider tanpa usul periksa dan kajian.

Cara mengenal pasti suggie yang cukup 2 bulan/lebih dan sihat;
1. Periksa badan suggie tersebut. Badannya mestilah sekurang-kurangnya sepanjang tapak tangan (melintang) dan tidak termasuk panjang ekor.
2. Lihat bulu suggie tersebut sama ada kembang di bahagian ekor atau tidak. Jika kurus sahaja, maknanya suggie tersebut masih muda dan belum lagi sesuai diambil/dibeli. Jikalau ekornya juga basah bertempek dengan najis, jangan beli dari penjual sugar glider tersebut. Ini menandakan yang suggie tersebut ada cirit birit/masih terlalu muda sehinggakan tidak pandai lagi menjaga diri (kebersihan dan bab 'grooming' ini diajar oleh ibu). Kebanyakan kes sugar glider bawah umur atau 'underaged' yang mati adalah disebabkan oleh kes cirit-birit yang mula-mulanya tidak begitu serius dan kemudiannya menjadi kronik. Tuan sugar glider pun terlalu cetek ilmu untuk mengambil tindakan untuk membawa suggie mereka ke vet malah tidak tahu apa hendak dibuat melainkan melakukan carian di internet sahaja. 
3. Lihat telinga suggie, jangan ambil yang nampak layu dan kuyup. Ia menandakan suggie yang kurang air dalam badan atau sakit. Cari yang nampak bertenaga, telinganya akan tegak berdiri.
4. Periksa gigi suggie, dan tanya penjual jika mereka mengetip gigi suggie. Jangan sesekali membeli dan menggalakkan pembelian suggie daripada orang yang mengetip gigi suggies. Dengan mengetip gigi suggies, ini akan menyebabkan mereka susah untuk makan dan menoreh makanan mereka. Ada kes pembeli suggie yang terpaksa menyuap suggies mereka setiap kali untuk makan dan hanya memberi makanan yang sudah lumat sahaja. Ada kejadian suggie yang mengalami depresi dan tidak lalu makan sehingga mati kelaparan (sebab ketidakpertihatinan tuan sugar glider juga)
5. Lihat mata suggie, jangan beli yang ada kelabu asap di mata atau warna selain dari hitam (untuk sugar glider yang bukan variasi) Bagi sugar glider yang ribuan ringgit, ada yang mata merah, jadi jangan ingat suggie tu sakit ke apa.
6. Lihat perwatakan suggies tersebut, ada yang kuat 'crabbing' (bunyi sugar glider yang wajib dipahami. Baca Bunyi yang dibuat Sugar Glider http://suggies101.blogspot.com/2011/07/bunyi-bunyian-yang-dibuat-sugar-gliders.html), ada yang suka melompat.. dan macam-macam. Ikut la korang nak macam mana.. suggies ni memang ada personaliti mereka sendiri, tiada satu serupa dari segi makanan kegemaran, sifat dan gaya mereka..


3. Sangkar 3 kaki (had minima) Ya, ini pun sebenarnya keperluan minima bagi suggies. Mereka asalnya tinggal di hutan liar dan  menggelungsur dari pokok ke pokok (sejauh 150m setiap malam) sekurang-kurangnya anda boleh membekalkan senaman yang membolehkan mereka bermain dengan bebas. Ini juga termasuk juga waktu bermain 'free range' (main lepas di dalam bilik yang sudah 'glider proof' - selamat dari benda tajam, makanan tidak selamat untuk sugar glider, benda kecil dan halus dan juga berbahaya untuk dimakan suggies seperti ubat, pin dan sebagainya. Sugar glider tidur sebahagian waktu petang dan bermain aktif sekali pada waktu malam. Jadi ia amat penting untuk mendapatkan sangkar besar dan selang setiap beberapa hari, untuk membiarkannya bermain di ruang besar seperti di bilik atau dalam kelambu (jika tiada bilik yang boleh digunakan untuk suggies).

5. 'Bonding pouch' Amat penting/perlu untuk menjinakkan suggies. *Ingat, semua suggies/joeys yang baru diterima adalah liar. Tiada istilah bagi joeys yang jinak gila babas punya spesis dll. Kalau jinak, ianya samada sudah terbiasa dengan interaksi dengan manusia, selesa dengan bau anda, atau kalau kes yang paling sedih.. ianya terlalu muda/kecil/underaged untuk 'tidak suka akan anda'/crabbing/sakit. (Ikut badan joeys tersebut lah, jika kepalanya lebih besar dari badannya sendiri, memang ia underaged. Jika ianya sendiri lagi kecil dari ibu jari anda, memang ia underaged. Hmm.. hati-hati denga  permbelian joeys underaged. Nak menjaganya bukan senang.. cari dan beli 'Milk Replacer' yang khas untuk sugar gliders. Untuk kucing/anjing tidak sesuai. 

BACA TOPIK INI UNTUK CARA MENJINAKKAN DAN BONDING SUGGIES ANDA

Cara Extreme Tame/Bond Sugar Glider (Garang/Separuh jinak/Tak boleh duduk diam etc)
http://suggies101.blogspot.com/2012/08/extreme-tamingbonding-untuk-sugar-glider_17.html
Cara menjinakkan dan bonding dengan Sugar Glider yang garang/penakut. (Pelajaran asas)
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/keperluan-asas-bonding.html


6. Bekas makanan dan minuman suggies. Untuk makanan, suggies suka makan di tempat yang tinggi, jadi letaklah makanan mereka di bahagian atas sangkar, sama juga seperti 'sleeping pouch' mereka, harus diletakkan di bahagian atas. Suggies suka berada di tempat tinggi kerana sudah menjadi lumrahnya tinggal di atas pokok bagi mengelakkan dari ancaman pemangsa ketika mereka di habitat asal mereka. Tapi tidak ada salahnya jika tempat makan/tidur mereka rendah sikit (mungkin sebab baru nak jinakkan/ada anak suggie dan takut jatuh dari tempat tinggi/suggie sakit dan takut jatuh. Ada bekas makanan yang boleh digantung, dan ada yang letak di lantai. Untuk bekas minuman, selalu pastikan bila anda baru dapat/beli suggies, yang anda mempunyai sekurang-kurangnya 2 botol minuman di dalam sangkar (sesetengah suggies mati sebab dehidrasi dan tidak pandai menggunakan/minum dari botol minuman mereka) Jadi selalu awasi sama ada mereka tahu atau tidak menggunakan botol minuman tersebut atau lihat sama ada air kurang atau tidak selepas sehari. Suggie yang tidak minum air selama 24 jam boleh membawa maut jika tidak dirawat atau diberikan air secepat mungkin sebab badan kecilnya tidak mampu tahan lama seperti badan manusia.

7. Diet utama Sugar Gliders, di Malaysia kebiasaannya memang HPW.. ada juga GliderSlurp dan lain-lain. Jangan beli selain daripada HPW atau Gliderslurp. Yang lain jenama tidak ada kesahihan kredibiliti dan isi kandungan yang diakui pakar veterinari sugar glider. Yang ini memang bahagian wajib untuk pemakanan suggies. Mereka memerlukan kadar protin dalam diet yang tinggi (70%) dan selebihnya, buah dan sayur serta treats (sekadar suka-suka atau untuk proses menjinakkan). Baca entri dibawah ini untuk perkara relevan mengenai pemakanan mereka yang rumit ini.

Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/keperluan-asas-pemakanan.html

Contoh penyediaan makanan malam Sugar Glider (contoh makanan/menu oleh penulis)
http://suggies101.blogspot.com/2011/10/pengalaman-penulis-sedikit-intro.html

Baca mengenai tabiat pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tabiat-dan-diet-sugar-gliders.html

Makanan (buah/sayur) yang selamat dimakan dan kadar nisbah kalsium dan fosforus
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html

Kalkulator untuk kira nisbah kalsium:fosforus pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/kalkulator-untuk-sugar-gliders.html

Sugar Glider tak selera makan, HPW (diet wajib beri setiap malam), buah dan sayur
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/kenapa-sugar-glider-saya-tak-nak-makan_11.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Nestum/Cerelac diet yang membawa padah pada Sugar Glider!
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/nestumcerelac-untuk-sugar-glider.html

Sugar Glider makan bersepah dan kerap basuh sangkar? Buat Glider Kitchen anda sendiri!
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/tips-glider-kitchen.html


8. Semua jenis nilai murni yang perlu ada untuk menjaga bayi manusia adalah sama seperti untuk menjaga Sugar Glider. Adakah anda bersedia untuk menimang cahaya mata dalam hidup anda. Apa yang perlu untuk jaga bayi? Perancangan! Takkan tup tup terus dapat, bukan? Rancang dengan sempurna. Beli sangkar sudah? Dapatkan barang-barangnya? Beli di mana? Siapa stokis anda? Ada senarai klinik haiwan terdekat? Bagaimana, Kenapa, Mengapa, Bila, Hmm.. apa pandangan anda tentang semua ini? 


Komen, like dan kongsi entri saya ini kepada semua yang anda mahu. Sebarkan sebanyak mungkin informasi ini kepada suggies owners to-be di luar sana. Mari kita didik mereka dan cegah pembelian underaged suggies. 

Tekan link ini untuk memilih topik-topik penting yang lain berkaitan dengan penjagaan sugar glider. (WAJIB TEKAN) 

Like us on Facebook! Klik Suggies for Newbies <3


xoxo,
Maddy

11 August 2011

Tips: Kenapa Sugar Glider saya tak nak makan HPW/Buah/Sayur?

MMM
Hello readers, kebelakangan ini saya banyak melihat orang bertanyakan tentang mengapa suggies mereka tidak makan sesuatu benda yang diberi. Samada ianya HPW (High Protein Wombaroo Diet), buah-buahan atau sayuran atau juga kesemuanya. 


Asal usul diet pemakanan sugar glider


Diet Sugar gliders di tempat asalnya berasaskan nira manis dari sesetengah spesis daun eucalyptus (macam yang koala selalu makan), Acacia dan Gum Tree (memang bukan dari fauna tempatan kita). Mereka juga memakan debunga, serangga dan haiwan-haiwan kecil.


Tetapi, oleh sebab mereka dijadikan haiwan peliharaan di dalam rumah, pemakanan mereka haruslah kalau tidak sama seperti apa yang ada di hutan liar, kita mestilah cuba memberikan yang terbaik untuk mereka. 

Jangan risau, kita tak perlu nak fikir susah-susah nak kira berapa peratus kandungan protin atau berapa gram kandungan 'bee pollen' kerana penyelidikan yang menyeluruh dan teliti telah dibuat oleh pakar-pakar haiwan marsupials yang arif tentang possum (spesis yang lebih kurang sama dengan sugar gliders) mengenai keperluan diet pemakanan sugar glider. Hasilnya, mereka telah berjaya mereplika diet khas untuk Sugar gliders agar nutrien-nutrien yang hanya boleh didapati dari habitat asal mereka, boleh hanya dibancuh dengan mudah dari paket-paket serbuk untuk diberi kepada suggies peliharaan kita di rumah. 

AMARAN!
Sekarang ni dah ada beberapa makanan yang dijual di pasaran yang dinamakan makanan lengkap/makanan solid food/diet sugar glider. Namun kita kena tahu yang sesetengah makanan yang diiklankan ini tidak dirumus khas untuk sugar glider malah ia juga mengandungi bahan-bahan yang hanya menggemukkan sugar glider dan juga bahaya untuk jangka masa yang lama pada sugar glider anda.  Makanan sebegini ada yang mengandungi nestum cerelac/nestum/dedak atau makanan yang memang bukan khas dirumus untuk sugar glider tapi hanya dilabelkan begitu. Penjual makanan begini hanya pentingkan duit semata-mata dan sanggup meletakkan label di paket makanan mereka dan mengatakan bahawa makanan ini penuh dengan vitamin-vitamin dan mineral yang diperlukan oleh sugar glider. 

Setakat ini, makanan sugar glider komersial yang diiktiraf oleh pakar veterinari sugar glider hanyalah;

1. High Protein Wombaroo Diet (HPW) *makanan yang dirumus khas oleh pakar possum luar negara dan diet wajib lazim digunakan oleh pengguna Malaysia
2. GliderSlurp oleh Hun (Diet yang telah melalui lab test dan diakui selamat dan berkhasiat oleh pakar veterinari sugar glider di Malaysia) 

Carta keperluan makanan Sugar Gliders


Terbaik untuk sugars anda!



*Jadi, dengan adanya diet yang sudah khas dirumus untuk suggies anda, mengapa perlu anda fikir susah-susah untuk menggantikan makanan mereka dengan makanan lain yang langsung tidak menepati diet dan keperluan mereka? Sudah banyak salah faham dan perdebatan mengenai diet pemakanan sugar gliders tetapi yang paling rasionalnya adalah bahawa makanan sugar gliders tidak boleh digantikan dengan makanan biasa yang dimakan bayi mahupun orang dewasa. Konklusinya, makanan seperti coklat, makanan berminyak, bergula, makanan diawet, dan paling teruk sekali, nestum cerelac SAHAJA adalah berbahaya dan boleh membunuh sugar gliders


Ini untuk bayi, bukan untuk sugar gliders. Keperluan bayi dan binatang anda samakah?



Baiklah, tujuan utama entri ini sebenarnya adalah untuk memberitahu anda bagaimana caranya untuk memberi makan kepada suggies yang enggan makan dan mendorong mereka untuk makan dengan penuh semangat dan berselera.:P


PENTING:
ANTARA SEBAB-SEBAB SUGAR GLIDER TIDAK SELERA/LALU MAKAN;
  •  Sakit/mempunyai luka atau sakit dalaman yang tidak dapat dilihat. Suggie binatang yang kecil, dan cara mereka survive di hutan liar adalah menyembunyikan apa-apa penyakit agar mereka tidak nampak lemah dan makanan 'easy target' untuk pemangsa. Di dalam jagaan domestik pun suggie akan cuba menyembunyikan penyakit mereka sehinggalah ia melarat dan tiba-tiba sahaja korang tengok dia dah mati dan terbaring atas lantai sangkar. Itu sebab kita kena prihatin , selalu  pegang suggie dan peka dengan aktivit/kelakuan suggie kita. Kalau dah bela, kena la bertanggung-jawab, kalau mati kita bukan saja rugi duit, dapat dosa je abaikan dia. (kalau tahu sakit, bawa la ke vet kalau nampak teruk sangat. Kalau kes tak minum air sehari pun boleh bau maut untuk binatang kecil ni. Jadi jangan ambil remeh kalau suggie sakit, nampak je bengkak sikit, padahal buah pinggang dah gagal ke apa..)
  • Makanan dia tak sedap/menyelerakan bagi suggie anda.. suggie ni pun ada favorite food macam manusia. Ada buah/sayur dia tak minat, ada yang suka sangat dan makan yang tu sahaja. Tapi anda kena ingat yang meskipun suggie minat sesuatu jenis makanan tu, dan anda yakin dia takkan makan benda lain... selepas beberapa lama asyik makan benda yang sama pun dia akan bosan juga dan berhenti makan makanan kegemaran dia tu. Jadi kita kena bijak memberi variasi pada pilihan diet buah/sayurnya. Jangan mengalah sangat nak bagi makanan kegemaran dia saja, nanti dia akan makan itu sahaja, dan makanan lain ditinggalkan. Tuan suggie kena proaktif dalam penyediaan dan presentation makanan suggie. Sama ada korang kena tukar-tukar buah dan sayur dan cari jenis makanan kegemaran dia dan blend dengan buah yang tidak disukainya agar semua dimakan atau cara penyediaan ditukar. Dari memotong buah secara dadu, anda boleh cuba potong panjang-panjang atau dari memberi sayur secara mentah, anda boleh cuba merebusnya atau blend dengan buah atau sayur lain. Ingat ya, asalkan makanan yang diblend itu sedap dan anda pun sanggup makan, baru suggie anda akan makan. Suggie pun pandai menilai apa sedap dan tidak sedap. 
  • Tuan sugar glider bagi banyak sangat makan pada waktu petang/senja. Jadi perut suggie terlalu kenyang untuk makan malam. Kalau nak bagi snek petang oklah, bagi pallet ke, air jus blend (fresh fruits, tanpa gula ye) Macam  'tea time' untuk manusia, jangan bagi 'main course'/hidangan utama terus sebelum waktu makan malam dia.
  • Treats seperti yogurt drops, mealworm, superworm, cengkerik, dubia pun boleh membantutkan selera suggie. Kenapa? Macam budak-budak juga, kalau diberi coklat dan ais krim untuk makan malam, malam esoknya pun nak makan benda tak berkhasiat juga. Kalau bagi berpada takpa, ni bagi cam cara manusia makan. Suggie ni 1-6 ketul benda alah gini tu cukup.. tu pun kena bagi time waktu 'special' je. Contohnya kalau nak training/bonding, boleh guna treats ni sebagai rasuah untuk dia lembut hati. Kalau bagi setiap hari, dan banyak pula dia akan naik lemak perangai dan lemak badan. Makan banyak treats boleh bagi dia obes pula. 
  • Ketika mengawan, suggie juga akan tidak makan kerana terlalu sibuk melayan pasangan. Lagipun suggie betina tu memang tak dapat nak gerak  kan, jadi kalau nampak dia mengawan tu, tolong la letak makanan dekat sikit kat pasangan mengawan korang tu. Suap air kat betina ke, take five. Take a break, take a Kit Kat.
  • Ada juga ura-ura mengatakan yang pada bulan mengambang atau sekali /dua kali sebulan, suggie akan tidak selera makan. Mungkin kaitan dia makhluk malam dan bulan mengambang? Ni takyah dirisaukan sangat, asalkan kalau korang nampak dia tak makan sehari, ok lagi.. jangan sampai air tak minum 24 jam dan kencing pun lawas seharian, cepat-cepat bagi dia minum 100 plus tanpa gas atau air Gatorade, lakukan 'Camp Test' dan bawa ke vet serta merta. 
Check dehidrasi di link Penyakit yang lazim dihidap oleh Sugar Glider dan cara mengubati (melainkan kena pergi vet)

Baiklah, ni antara

Samada ianya HPW, buah-buahan atau sayur-sayuran selepas anda cuba langkah-langkah yang saya berikan ini, InsyaAllah suggies anda akan mula makan makanan yang anda berikan.


Pilihan satu


HPW yang dicurah ats buah dan sayur. Mangkuk tu biarlah selesa untuk suggies anda capai makanan.
  • Potong buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi 'bite size' atau sebesar separuh ibu jari anda
  • Letak makanan yang sudah dipotong ke dalam mangkuk makanan suggies anda
  • Tuang HPW yang sudah dinyah beku/'defrosted' ke atas buah dan sayur yang telah dipotong
  • Hidangkan!


Voila!


Pilihan kedua


Membuat 'Smoothies' buah-buahan. Ini hanya contoh makanan yang anda boleh buat di dapur anda sendiri. Ramai pembela suggie campur hentam keromo saja buah dan sayur tanpa mengira nisbah kalsium:fosforus yang seharusnya 2:1.


_________________________________________________

Boleh tengok link ini untuk kenal pasti buah/sayur apa mengandungi kandungan nisbah kalsium:fosforus yang seimbang 2:1.(http://www.scribd.com/doc/61244338/Calcium-Phosphorous-Ratios-Sorted)

Asalkan korang bagi buah yang kalsium dia lagi tinggi dr fosforus kira betul la tu..

Contohnya,
Jangan bagi jagung banyak-banyak/langsung kerana kadar fosforus dia lagi tinggi dari kalsium. (0.2:1)
Bagaimana nak kira betul-betul ikut nisbah yang tepat?
Saya pun takda kira ikut sudu ke apa, but kita boleh pastikan secara anggaran jika kita serve makanan yang seimbang nisbahnya. Boleh rujuk di link di atas tu untuk bandingkan buah/sayur apa yang seimbang. Kalau fosforus tinggi dalam sesuatu makanan, kita tingkatkan lebih lagi makanan yang tinggi kalsium.
Contoh makanan tinggi kalsium: Betik (4.8:1) 
Contoh makanan tinggi fosforus: Jagung (0.2:1)
Kalau ikut logik cara suggie makan pun, tak tentu dia habis apa kita bagi dan makan ikut nisbah kalsium:fosforus pun.. tapi kita usaha bagi makanan yang betul. 
Link lain yang berkaitan

Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/keperluan-asas-pemakanan.html

Sedikit info mengenai makanan Sugar Glider (contoh makanan/menu oleh penulis)
http://suggies101.blogspot.com/2011/10/pengalaman-penulis-sedikit-intro.html

Baca mengenai tabiat pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tabiat-dan-diet-sugar-gliders.html

Pelajari makanan (buah/sayur) yang selamat dimakan dan kadar nisbah kalsium dan fosforus
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html

Guna kalkulator untuk kira nisbah kalsium dan fosforus pemakanan Sugar Glider anda!
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/kalkulator-untuk-sugar-gliders.html

_________________________________________________
 
 'Smoothies' buah-buahan Resipi Satu


Bahan-bahan

2 cawan raspberry, beri biru, strawberi dan beri hitam


1 cawan Rock Melon/Cantaloupe


Rock Melon/Cantaloupe. Ada je kat supermarket..
1 cawan buah oren
cawan epal merah
3 cawan betik



Cara penyediaan


Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk besar. Keluarkan batang kayu dari epal, kupas kulitnya dan buang biji benihnya. Kupas oren dan buang biji benihKupas rock melonBuang biji benih dari betik dan ambil isinya menggunakan sudu. Potong secara dadu/kiub semua bahan-bahan menggunakan pengisar makanan atau pisau. Untuk strawberi dan buah beri yang lain, potong sebesar saiz kuku jari kelingking anda. Selepas itu, campur semua bahan-bahan ke dalam bekas ais kiub untuk dibekukan (agar tahan lama). 1 kiub untuk seekor suggie dan 2 kiub untuk 2 suggies. 



'Smoothies' buah-buahan Resipi Dua


Kalau suggies tak makan, tuan dia boleh..


Bahan-bahan

Letak belambak blueberries macam ni dalam sangkar.. mesti dia makan punya.


1/2 cawan beri biru
2 cawan strawberi
1/2 cawan tembikai
1/2 cawan epal merah
4 cawan betik



Cara penyediaan


Masukkan beri biru ke dalam mangkuk besarKeluarkan biji benih dan batang epal dan kupas kulitnyaKupas tembikaiBuang biji benih dari betik dan keluarkan isinya dengan sudu. Potong secara dadu/kiub semua bahan-bahan termasuk beri biru kemudian campur dan gaul semua bahan di dalam mangkuk besar. Isi bahan campuran (sebanyak satu sudu) ke dalam bekas kuib ais . Bekukan di dalam peti ais bahagian sejuk beku/freezer. 


Kesemua menu di atas mempunyai 1.5-2:1 ca:ph ratio iaitu nisbah kalsium:fosforus yang sesuai untuk diet sugar gliders yang menggunakan HPW (High Protein Wombaroo diet). Diet ini boleh dijadikan diet pelengkap bagi menu untuk buah-buahan


Sumbat satu sudu campuran ke dalam bekas ais kuib seperti ini. Senang untuk diambil dan dihidangkan kepada suggies anda!



Pilihan ketiga


Jika suggies anda degil dan masih tidak mahu makan dengan menu yang diberikan dalam pilihan kedua, kisar apa jenis makan yang patut dihidang (buah dan sayur, dengan atau tanpa HPW, dengan memastikan kadar nisbah kalsium:fosforus seimbang) ke dalam pengisar makanan dan jika perlu, campur dengan air buah seperti epal yang tidak mempunyai pewarna/ pengawet/gula tambahan, madu atau yogurt jenama Marigold (plain).

Ada pelbagai jenis ramuan/resipi yang boleh anda buat sendiri, tapi kena juga ikut keperluan diet suggie yang seimbang. Kenapa kalau tak ikut nisbah kalsium:fosforus?

Kandungan fosforus yang tinggi boleh mencuri kalsium dari badan suggie, khasnya tulang mereka.  Tu pun kalau betul-betul asyik bagi makanan yang tinggi fosforus sahaja. Dalam masa singkat saja suggie akan mengalami simptom penyakit lumpuh 'Hind leg paralysis'. Kakinya akan meleret dan dia nak jalan pun nampak susah. Nak lompat pun merana dia keran sakit. Kalau jatuh, tulangnya akan senang retak/patah. Jadi kita kena elakkan bagi diet yang tidak seimbang. 

Klik link ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HLP (Hind Leg Paralysis).


Jenama Ceres paling natural dan tiada tambahan gula/pengawet. Biasanya di Jusco boleh jumpa.
Pilihan keempat 

Jika semuanya tidak berhasil, anda perlu memberi makan suggies anda secara tangan/suap/'hand feed'. Ni kira 'force feed' juga. Memang wajib kalau suggie tak makan atau minum langsung. Jangan ingat benda ni kejam, ini juga cara yang baik untuk menjinakkan/bond suggies anda (asalkan makanan cecair tu betul-betul sedap la, dia akan suka kalau sedap, dan takda dia nak cuba larikan mulut dia dan akan jadi lagi rela untuk disuap. Cara nak hand feed/force feed; gunakan picagari/syringe yang digunakan untuk bayi untuk memberi ubat jenis cecair. Suap suggies anda perlahan-lahan. Boleh juga gunakan sudu.



Suakan syringe ke mulut mereka dan mereka akan mula menjilat, tolak  syringe perlahan-lahan


Jangan paksa ke dalam mulut mereka, kalau tidak mereka akan tersedak. Dan biasanya mereka akan merajuk dan anda akan susah untuk memberi mereka makan selepas beberapa seketika itu.




Untuk pertanyaan lebih lanjut, lawati halaman Facebook Suggies for Newbies kami!


xoxo,
Maddy